"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, May 11, 2014

MISI MENARA GADING 2014

UP DATE 7 JUN 2014


De' Redang 7 jun 2014,  Alhamdullilah...syukur...sumbangan kepada adik Nur Husna Hamid dari 
Kg. Alor Tok Chik Kokdiang Kedah, Mendapat tawaran belajar di Matrikulasi Gopeng Ipoh Perak didalam jurusan sains bagi sesi 2014/2015 selama 2 sem..1 Tahun,, akan melapur pada 14 Jun, Info keluarga, bapanya pesara tentera  dan bekerja sebagai atendan pam minyak di pekan Kokdiang Kedah, ibunya suri rumah sepenuh masa & keluarga mempunyai 3 tangungan...Kategori berpendapatan rendah...sumbangan secara bankin sebanyak RM 550.00 ke akaun BSN adik Nur Husna....terimakasih jazakallahkhairan ...semoga adi ini berjaya....

********************************************


De' Redang 1 jun 2014,  Alhamdullilah sumbangan daripada sahabat yang budiman kepada adik Muhammad Syazwan Bin Abu Bakar , dari bagan Baharu Selama Perak, Adik ini mendapat tawaran belajar di Politeknik Permatang Pauh Bukit Mertajam dalam jurusan Kejuteraan & akan melapur diri pada 16 Jun 2014, Info keluarga berpendapatan rendah dibawah paras RM800.00, Jutaan terima kasih kepada sahabat yang bermurah hati sumbangan sebanyak RM 550.00...telah selamat disempurnakan pada 1 Jun 2014..Jazakllah khairan....


Saya mewakili adik -adik ini & ibubapanya mengucapkan jazzakallah khairan khatira kepada sahabat - sahabat yang membantu.., Semoga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin


UP DATE 22 MAY 2014

De' Redang, 9 May 2014, ...Alhamdullilah dengan kerjasama rakan seperjuangan Kakak Elly http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dan sahabat-sahabat yang budiman sumbangan sebanyak RM 550.00 bagi yuran pendaftaran telah dimasukan keakaun BSN telah dapat di sempurnakan  kepada adik Nur Afirah , Berasal dari Bukit Kayu Hitam Kedah, Adik Nur Afirah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Seberang Perai pada 26 May 2014 didalam jurusan Sains, Keputusan SPM yg lalu adik Nur Afirah mendapat 5A, 2B, 2C & 1D di SMV Alor Setar

Maklumat keluarga:
Bapa bekerja membawa lori ayam anggaran berpendapatan RM 800.00, Ibu bekerja di Ladang anggaran pendapatan RM 400.00, adik beradik empat orang, 2 telah berkeluarga & 1 seorang kakak belajar di UUM Sintok, Info maklumat keluarga adalah berpendapatan rendah..Adik Nur Afirah berjanji akan belajar bersunguh -sunguh untuk mencapai kejayaan...


Saya mewakili adik Nur Afira & ibubapanya mengucapkan jazzakallah khairan khatira kepada sahabat - sahabat yang membantu.., Semoga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...

*************************************

De' Redang, 9 May 2014, ...Alhamdullilah dengan kerjasama rakan seperjuangan Kakak Elly http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ dan sahabat-sahabat yang budiman sumbangan kemenara gading dapat di sempurnakan  kepada adik Ainatul Mardiah, dari Jalan Baru Selama Perak, yang akan menjejakan kaki ke Kolej Matrikulasi Kokdiang Kedah pada 25 May 2014..sumbangan kali pertama RM 150.00 & kali ke 2 sebanyak RM 750.00 Berjumlah RM 900.00..Jazakllah Khairan..

Maklumat keluarga Menumpang rumah nenek bersama ibu & 4 adik-beradik yang masih bersekolah
(Jumlah adik-beradik 7 orang) Bapa menghilangkan diri, ibu kerja kilang berpendapatan Rm 700.00
Semoga amal kebaikan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat dirahmati ilahi...


Adik Ainatul mengucapkan jutaan terimakasih & berjanji akan belajar bersunguh-sunguh sehingga berjaya ...

Saya mewakili adik Ainatul mengucapkan jazzakallah khairan khatira kepada sahabat - sahabat yang membantu.., Semoga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...


No comments:

Post a Comment