"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, May 17, 2014

SUMBANGAN PA SISTEM SERTA PERALATAN KELENGKAPAN SIARAYA MASJID AR-RAHMAN


UPDATE 21 MAY 2014 JAM 9.30 MALAM

Pihak ahli kariah masjid Ar-Rahman Redang Panjang mengadakan Bacaan Yassin Tahlil Arwah kepada muslimin & muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah..serta doa selamat kepada kita supaya sihat walafiat dimurahkan rezeki &dipermudahkan urusan....
Alhamdullilah, ....Bersyukur keatas ilahi...atas sokongan sahabat2 kakak2 yang budiman amanah yang diberi telah selamat disempurnakan...Terimakasih..Terimakasih...Terimakasih..Jazakallah Khairan khatira...Semoga dirahmati ilahi...







****************************************

UPDATE 19 MAY 2014 JAM 12.20 TENGAHARI

Alhamdullilah, pembayaran telah di buat, tinjauan tempat pemasangan pun telah dilakukan, Isyallah pada hari rabu 21 May pemasangan PA Sistem akan dilakukan..

Ya, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu Jadikan sedekah ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga sedekah ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa tuan yg budiman & keluarga, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..aminYa, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu Jadikan sedekah ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga sedekah ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa tuan & keluarga, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, 
serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..amin

 



 **************************************
UPDATE 18 MAY 2014 JAM 3.40 PETANG

Alhamdullilah. ..uncang ditutup...terima kasih kepada sahabat yg menanggong keseluruhan kos .....Jazakallah khairan. ..semoga kerja amal yang yg dilaku dirahmati ilahi

"Ya, Allah! Semoga usaha & perkongsian rezeki ini diterima-Mu Jadikan sedekah ini sebagai simpanan yang menguntungkan, dan janganlah ia menjadi pemberian yang merugikan. .dan Semoga sedekah ini mampu menjadi bekal untuk perjalanan ke SYURGA.. Semoga Allah mengampuni dosa tuan & keluarga, ibu bapa & ahli keluarga, menyucikan hati&jiwa dan rezeki, serta limpahkan keberkatan dlm hidup kalian sekeluarga. ..amin

URUSAN PEMASANGAN AKAN DILAKUKAN SEBERAPA SEGERA


********************************************


Assalamualaikum tuan puan, kakak-kakak serta sahabat-sahabat yang budiman……
Saya ingin mohon pertolongan kepada sahabat-sahabat kakak-kakak yang budiman, dapat membantu saya membuat kerja amal kebajikan serta jariah bagi info berkaitan untuk membeli keperluan yang amat penting iaitu PA SISTEM serta kelengkapan SIARAYA bagi keperluan ahli jemaah Masjid Ar-Rahman Kampung Redang Panjang, Batu Kurau 34510 Taiping Perak.

Untuk makluman sahabat-sahabat kakak-kakak yang budiman, PA Sistem yang sedia ada telah terlalu uzur, yang digunakan lebih dari 20 tahun, corong speker di menara masjid telah rosak serta tidak berfungsi, yang boleh digunakan hanya 2 speker box sahaja yang telah digunakan lebih 20 tahun..

 

Oleh yang sedemikian bagi bulan syaaban yang akan tiba tidak beberapa hari lagi serta  menjelang bulan Ramadzan yang mulia saya merayu supaya kepada kakak-kakak serta sahabat-sahabat yang budiman dapat membantu bagi mendapatkan PA SISTEM serta kelengkapan SIARAYA bagi Masjid Ar-Rahman.



 Saya telah membuat tinjauan sebut harga bagi keseluruhan keperluan tersebut anggaran kos bawah 
RM 5,000.00


BOLEH MENGHUBUNGI SAYA EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673

 Jamalhassim.blogspot (De Redang)     Email : jamal.hassim@yahoo.com

 Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, Saya Mendoakan Semoga para sahabat yang budiman Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebajikan dan Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi, .... Jazzakallah Khairan Kathira

No comments:

Post a Comment