"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, June 14, 2015

SINAR HARAPAN: RAMADZAN & SYAWAL 2015

UP DATE 14 JUL 2015 / 27 RAMADAN 1436H
SUMBANGAN MENJELANG AIDIL FITRI

ALHAMDULLILAH, BERSHUKUR KEHADARAT ILAHI KERANA MEMPERTEMUKAN DENGAN SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN PROGRAM SINAR HARAPAN RAMADZAN DAN MENJELANG SYAWAL DAPAT DISEMPURNAKAN, SERAMAI 53 ORANG, IBU TUNGGAL, KELUARGA YANG MISKIN BERPENDAPATAN RENDAH DAPAT MENERIMA SUMBANGAN BERUPA KAIN TELEKONG DAN KAIN PELIKAT SERTA BERAS & BAKUL BERISI MEPERLUAN MAKANAN BAGI MENJELANG AIDIL FITRI 2015M/1436H....



 












YA ALLAH, KAMI MEMOHON KEPADA MU SUPAYA SAHABAT –SAHABAT YANG BUDIMAN DAN BERMURAH HATI  MEMBERI SUMBANGAN KEPADA KAMI SUPAYA SIHAT WALAFIAT, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN SEHARIAN MEREKA..

Ya Rabbi kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..yaallah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan berakah atas apa yang masih ada di tanganmu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.....

*************************************************************************
UP DATE 12 JUL 2015 / 25 RAMADAN 1436H
 Sumbangan kepada anak-anak yatim

Sumbangan khas kepada insan yang memerlukan di Hospital Ipoh

*************************************************************************
UP DATE 9 JUL 2015 / 22 RAMADAN 1436H

 Sumbagan kepada imam muda tahfiz


*************************************************************************

De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan Alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena sepanjang bulan Ramadzan & Menjelang Syawal1436H/2015M yang mulia kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...


JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

PROGRAM 1 – Membantu Menyampaikan Beras Fidyah Mengantikan Puasa Yang Tertinggal Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim      Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan.



PROGRAM 2 - Membantu Menyampaikan keperluan makanan barang dapur seperti, beras, gula, tepong, minyak kelapa, kordial, biskut serta saguhati wang tunai Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim  
    Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan.


PROGRAM 3 – Kempen sehelai kain telekong anggaran kos berharga RM 50, berjumlah 30 helai  untuk muslimat: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan. ALHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH ADA SUMBANGAN...JAZAKALLAH KHAIRAN KHARIRA

PROGRAM 4 – Kempen sehelai kain pelikat & baju melayu anggaran kos berharga RM 50, berjumlah 30 helai  untuk muslimin: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan.

PROGRAM 5 - Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang susah, dipilih oleh Ust. Ahmad Baktier dari sekolah yang berhampiran anggaran kos RM50 x 30 orang


Tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah, Tangan yang berada di atas adalah yang memberi, manakala tangan yang berada dibawah adalah tangan yang meminta 

Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, SayaMendoakan Semoga Kakak dan para sahabat yang budiman Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebajikan dan Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi, “Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..” ... Jazzakallah Khairan Kathira 



Alhamdullilah..Program Tazkirah Ramdzan 2015 Telah Disempurnakan



Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah..syukur kehadrat ilahi cuaca yang amat terbaik sekali..program dapat dijalankan ikut jadual yg di rancang...terimakasih semua atas doa dan sumbangan yg diberikan...jazakallah khairan khatira. ...shukran...




 



 





 

  
 


 




 
Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.....Terimakasih Jazakallah Khairan....


video