"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, April 18, 2014

Sinar Harapan: Info fakir Uzur

UP DATE 20 APR 2014

Info Kebajikan 1 & 2 :
Alhamdulillah....bersyukur kehadrat ilahi, atas keperihatinan sahabat-sahabat & kakak yang budiman amanah yang diberi selamat disempurnakan...Terimakasih...Jazakallah Khairan Khatira

 Sumbangan disampaikan kepada Abang Mat

Sumbangan disampaikan kepada Abang Hamid

De' Redang- 19 Apr 2014,

Selawat & salam keatas Nabi Muhammad SAW, Saya mendoakan Tuan -tuan & dan kakak- kakak yang budiman saya menndoakan semoga sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,...Dengan izin Allah saya di temukan dua info kebajikan berkaitan fakir yang uzur:...saya amat berharap usaha murni ini dapat dipermudahkan.....

INFO 1:

Abang Mat Noraidi, berumur 57 tahun, berasal dari Kg. Sungai Seggar Selama Perak,, Tinggal bersama Isterinya kakak Zanariah, mempunyai 5 orang anak 3 perempuan & seorang 2 lelaki  empat telah berkeluarga mempunyai anak-anak yang ramai dan berpendapatan rendah dan seorang masih belajar tinggal bersama abang Mat. Abang Mat adalah seorang fakir sebelum ini membuat kerja-kerja kampung di kebun kelapa sawit dengan berpendapatan RM 20.00 sehari didalam sebulan lebih kurang pendapatannya RM 450.00 sekiranya ada kerja...keadaan rumah yang sederhana tinggal bersama isterinya kakak Zanariah mengalami penyakit darah tinggi serta kencing manis  & seorang anaknya yang masih belajar.



Semenjak bulan Jan 2014, sehingga sekarang abang Mat tidak dapat berkerja kerana menghidapi penyakit dalaman, doktor mengesahkan abang mat BENGKAK HATI, keadaan tubuh badanya uzur serta pucat, dengan keadaan yang uzur atas ujian Allah abang mat telah hampir 3 bulan tidak dapat bekerja,...



**************************************

INFO 2:



Abang Hamid berumur 48 Tahun, mempunyai seorang isteri dan lima orang anak yang masih belajar, isterinya membuat kerja menjual kerepek, Abang Hamid berasal dari Kg. Jalan Baru Selama Perak, Seorang fakir, uzur kerana kaki kananya tercucuk paku dan mempunyai penyakit kencing manis, akibat dari itu doktor membuat pembedahan setelah hampir setahun tidak bekerja, bagi perbelanjaan seharia keluarganya adalah tangungjawab isterinya..

RAYUAN SUMBANGAN...

Oleh yang sedemikian bagi Tuan-tuan sahabat-sahabat dan kakak -kakak yang budiman yang ingin membantu abang Mat dan Abang Hamid bagi meringankan membeli keperluan seharian serta kos berulang alik ke hospital 


BOLEH MENGHUBUNGI SAYA


EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673


 Jamalhassim.blogspot (De Redang)



 Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, Saya Mendoakan Semoga para sahabat yang budiman Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebajikan dan Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi, .... Jazzakallah Khairan Kathira



No comments:

Post a Comment