"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H



Salam Maulidur Rasul dari De Redang.....12 Rabiul Awal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w diutus oleh Allah s.w.t bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah.

Seperti biasa pelbagai sambutan dibuat bagi memperingati kewafatan baginda s.aw, Sempena hari yang bersejarah ini saya dan keluarga menyampaikan salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog De’ Redang di seluruh dunia. Semoga hari ini dapat kita hayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Al-Fatihah.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (S.A.W). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.



No comments:

Post a Comment