"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Monday, January 9, 2012

SINAR HARAPAN TERTUNAI SUDAH

ALHAMDULLILAH BERSHUKUR KEHADRAT ILAHI ATAS SOKONGAN SAHABAT-SAHABAT DAN RAKAN- RAKAN SEPERJUANGAN DE REDANG BERSAMA- SAMA KAKAK ELLY DARI EKSEKUTIF SURI DAN KAKAK SITI FADZILAH DARI AL-JAUHAR, DAPAT MEMBANTU KELUARGA YANG MEMPUNYAI TEMPAT TINGGAL SERBA KEKURANGAN DARI KEMUDAHAN ASAS...HASIL USAHA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN MENDAPAT PERHATIAN DAN MENDAPAT SOKONGAN DAN SIMPATI DARI PIHAK KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PUTRAJAYA, PERMASALAHAN SAUDARA INI MENDAPAT SEBUAH RUMAH YANG SELESA DENGAN KELENGKAPAN ASAS YANG BAIK DAN SEMPURNA....."Jazakallahu Khairan"


RUMAH BARU MOHAMAN HAMDI DI KG. REDANG PANJANG

RUMAH LAMA YANG SERBA KEKURANGAN


INFO DEREDANG..27 MAC 2009...Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagianya.


****************************************************************************


RUMAH BARU SAUDARA AZLAN DI BELAKANG SEKOLAH KEB. SUNGAI JERNIH IJOK


RUMAH LAMA YANG SERBA KEKURANGAN


INFO DEREDANG.. 26 Mac 2011...Di sebuah perkampungan, Satu keluarga suami isteri dan 5 orang anak di Kampung Sungai Jernih Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Saudara Azlan berumur 33 tahun dan isteri Faizah Bt Tahrin 36 tahun, bersama 5 orang anak, Mohd fairus 12 th, Norhanis shamiza 11 th, Nurul Ain 5 tahun, Noralia 3 tahun dan Nurul Aina 1 tahun, memerlukan sumbangan dan bantuan bahan serta peralatan seperti simen, bata, zink bagi memperbaiki sebuah rumah yang terlalu uzur, bagi kerja-kerja saudara Azlan boleh melakukannya sendiri.


*************************************************************************

RUMAH LAMA KAKAK AZIZAH YANG SERBA KEKURANGAN

RUMAH BARU KAKAK AZIZAH YANG SELESA DI KG. LALANG BAGAN BARU SELAMA PERAK


INFO DEREDANG ..26 JAN 2010- KG. SIMPANG TIGA REDANG PANJANG , SATU KELUARGA DIZIARAHI, KAKAK AZIZAH, TINGGAL DI BERSAMA TIGA ORANG ANAK ,YANG MASIH BERSEKOLAH,

RUMAH YANG DIDIAMI ADALAH KEPUNYAAN SAUDARANYA , TANAH MILIK RIZAB JALANRAYA, YANG MANA RUMAH TERSEBUT TIADA KEMUDAHAN ASAS SEPERTI LETRIK DAN BEKALAN AIR PAIP, BUAT MASAKINI BEKALAN AIR DIAMBIL DI PARIT TALI AIR JARAKNYA 300 METER DARI RUMAH , BAGI BEKALAN LETRIK BUAT MASA KINI DIAMBIL DARI KEDAI MAKAN YANG BERHAMPIRAN .

saya mewakili penerima sumbangan mengucapkan jutaan terimakasih kepada sahabat-sahabat budiman, komuniti & Kementerian dalam menyelesaikan permasalahan ini, mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.....


Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami....Amin-amin ya rabal alamin....


"Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal"

"Jazakallahu Khairan"


..................DE REDANG...............


No comments:

Post a Comment