"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, March 26, 2011

SINAR HARAPAN : SUMBANGAN KEMUDAHAN ASAS


SUMBANGAN DAN BANTUAN KEMISKINAN











26 Mac 2011 - Sabtu





Maklumat





Di sebuah perkampungan, Satu keluarga suami isteri dan 5 orang anak di Kampung Sungai Jernih Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Saudara Azlan berumur 33 tahun dan isteri Faizah Bt Tahrin 36 tahun, bersama 5 orang anak, Mohd fairus 12 th, Norhanis shamiza 11 th, Nurul Ain 5 tahun, Noralia 3 tahun dan Nurul Aina 1 tahun, memerlukan sumbangan dan bantuan bahan serta peralatan seperti simen, bata, zink bagi memperbaiki sebuah rumah yang terlalu uzur, bagi kerja-kerja saudara Azlan boleh melakukannya sendiri.





Sebuah rumah pusaka yang uzur di belakang Sekolah Keb. Sungai Jernih Ijok tapak milik keluarga isterinya tidak ada kemudahan asas yang sempurna, rumah pusaka saudara Azlan dan keluarga ini adalah asal usulnya adalah rumah ibu mertuanya yang berpindah ke perkampungan PPRT Kg. Teras Ijok.








Keadaan rumah yang uzur ini, bahagian atap zink yang bocor serta tidak mempunyai tandas dan bilik air, sebahagian dinding yang terlalu uzur dinding buluh, bagi bekalan paip air masyarakat telah disalurkan, bagi bekalan letrik sudah sedia ada, Buat sementara rumah yang uzur ini di perbaiki, buat masa kini saudara Azlan menyewa rumah di belakang Kampung Masjid Ijok dengan kadar sewa RM 50.00 sebulan. Saudara Azlan merancang untuk tinggal dirumah yang uzur didalam masa yang terdekat setelah bilik air dan tandas dibina.























Saudara Azlan bekerja buruh kampong, dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 600.00 sebulan, isterinya kakak Faizah tidak bekerja kerana menjaga anak 3 orang anak nya yang masih kecil. Dua orang anak nya masih bersekolah.















Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini hanya dapat membeli keperluan makanan untuk keluarganya. Saudara Azlan tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari bagi mengantikan atap zink, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli keperluan makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya.


Rayuan Sumbangan…







Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bahan dan peralatan kemudahan asas bagi mengantikan atap zink rumah, bilik air & tandas, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 …








Anggaran Kos:





a. Atap Zink - RM 2,000.00



b. Tandas & Bilik Air - RM 2,000.00








Email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com



Blogspot De’Redang : jamalhassim.blogspot





Untuk sumbangan: Maybank 158305195196 Jamaluddin Hassim








Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…






Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.









Alhamdullilah atas keperihatinan seorang sahabat yang budiman telah memberi sumbangan sedekah sebanyak RM 500.00, bagi membeli peralatan bagi membina kemudahan asas bilik air & tandas….Terimakasih kepada sahabat yang budiman….












No comments:

Post a Comment