"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, April 9, 2011

SINAR HARAPAN: SUMBANGAN SUSU RAUDAH



PROJEK TABUNG SUSU UNTUK ANAK YATIM & FAKIR MISKIN anjuran Eksekutifsuri.com dengan kerjasama rakan2 bloggers & egroups terutama drp UmmikuSayang Charity Team, Al-Jauhar & De' Redang bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil di kalangan keluarga miskin dan rumah2 anak yatim & fakir miskin keluarga yang berpendapatan rendah anak yang ramai, agar bekalan susu dapat disediakan secara tetap setiap bulan. Projek ini bermula bulan Oktober 2009.

Alhamdulillah proses penyerahan untuk bulan Mac pada 8 Mac 2011 & Apr pada 9 Apr 2011 Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.........


COPY DARI BLOG RAKAN SEPERJUANGAN
Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com

Alhamdulillah proses penyerahan untuk setiap bulan dapat diselesaikan walaupun terdapat beberapa halangan dan kami terpaksa membeli susu secara berperingkat mengikut dana yang ada. Akibat kutipan dana yang tidak tetap setiap bulan, proses penghantaran susu juga terjejas.

Namun kami berharap tahun ini, iaitu tahun 2011 Projek Tabung Susu ini akan berjalan lancar. Kami akan berusaha memastikan proses penyerahan dapat dijalankan pada setiap bulan. Sekiranya dana tidak mencukupi kami akan berusaha mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk simpanan Tabung Suri (rujuk http://www.eksekutifsuri.com/).

SUMBANGAN
Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan.


Sahabat boleh membantu dengan cara:



  1. Menjadi penyumbang tetap **RM74/anak yatim & miskin setiap bulan untuk sumbangan 4 paket susu untuk seorang anak yatim/miskin.

  2. Sedekah seikhlas yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung **kos pembelian.

  3. Membeli sambil beramal-setiap susu tepung penuh krim Halib's (dulu dikenali sebagai Raudhah) yang dijual dengan harga RM22.90(WM)/RM24.90(EM) dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (Maklumat Susu HALIB's - http://www.eksekutifsuri.com/).
(**Anggaran kos pembelian, termasuk kos pengurusan & penghantaran).

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
emailkan slip pembayaran ke anas702005@yahoo.com untuk rekod.

Maklumat lanjut: Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Jutaan Terima kasih pada semua yang menghulurkan sokongan, sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin



No comments:

Post a Comment