"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, December 19, 2015

SAMBUTAN MALIDUR RASUL 2016M / 1437 ANJURAN DE. REDANG SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN


12 Rabiul Awal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w diutus oleh Allah s.w.t bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah

Alhamdullillah  Pembukaan Tahun 2016 De' Redang Bersama-sama Sahabat-sahabat & Kakak - kakak yang budiman Menganjurkan

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H / 2016M
SERTA
SUMBANGAN  KEPADA FAKIR MISKIN

PADA       : 16 JAN 2016  HARI : SABTU   JAM :      2.00 PETANG

BERTEMPAT         
DE’REDANG (RUMAH ENCIK JAMALUDDIN)
LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN  REDANG PANJANG,
BATU KURAU 34510 TAIPING  PERAK
    
Kepada Sahabat-sahabat dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman
Ingin Bersama
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..
Terus Ke Akaun Saya- May Bank: 158305195196

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA

FB:  JAMALUDDIN BIN HASSIM 
Wsp & Msj: 019-5414673
 Jamalhassim.blogspot (De Redang)








Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan

“Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..

.....jazakallahkhairan khatira...

Tuesday, November 17, 2015

PONDOK IMPIAN FAKIR TERTUNAI SUDAH



            De' Redang 17 Nov 2015 -  Alhamdullilah..Bersyukur..syukur..syukur kehadrat ilahi..pondok impian fakir telah selamat dibina..amanah tuan puan kakak kakak semua telah pun saya sempurnakan...pagi tadi.

           Pondok impian ini mula dibina pada pertengahan bulan Ogos 2015 hampir 3 bulan bertungkus lumus menyiapkanya kini telah siap sepenuhnya dengan kos RM19K tidak termasuk kos upah kerana saudara Saari membina sendiri dibantu oleh sukarelawan, Pondok ini berukuran 39 kaki panjang  X 19 kaki lebar mempunyai 1 ruang tamu, 1 bilik utama, 1 bililk ke 2 & 1 bilik ke 3 serta mempunyai ruang dapur yang selesa, bilik air serta tandas. Dana kos pembinaan adalah 100% dari sumbangan iklas dari rakan-rakan, tuan puan serta kakak-kakak yang budiman hasil kerja jamaah termasuk juga kelengkapan peralatan kelengkapan seperti kipas angin, lampu, TV, Peti ais, dapur gas, periuk letrik, pinggan mangkuk, tikar getah serta langsir semuanya adalah sumbangan para dermawan yang mulia..terimakasih kakak-kakak yang datang Lembah Kelang membawa keperluan peralatan.

          Alhamdullilah...Kunci pondok impian telah selamat diserahkan kepada saudara Saari....isyallah mulai pada hari ini saudara Saari akan mula berpindah dari rumah yang disewa sebanyak RM100 sebulan ke pondok impian barunya, Saya mewakili saudara Saari & keluaraga mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang membantunya, semoga amal kebaikan yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi....jazakallah khairan khatira....












Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Bismillahirrahmanirrahim... Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabat-sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Sunday, November 1, 2015

IMPIAN FAKIR MENJADI KENYATAAN


Harapan fakir menjadi impian , Setelah hampir 3 bulan bertungkus lumus mencari dana sumbangan sahabat - sahabat yang budiman bermula pertengahan bulan Ogos 2015 kini nampaknya Impian fakir menjadi Kenyataan, kini kerja-kerja kemaskini sahaja...Isyallah 2 minggu lagi selesailah pembinaan pndok ini..

Ucapan terimakasih kepada tuan-puan yang budiman serta kakak-kakak yang budiman...semoga amal kebaikan yang kita lakukan dirahmati dan diberkati illahi...





 Ya Allah..Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...
**********************************

Sunday, September 27, 2015

PONDOK HARAPAN FAKIR MENJADI KENYATAAN

STATUS PONDOK IMPIAN FAKIR
14 OKT 2015
Assalamualaikum ...sahabat-sahabat ku yang budiman , Sempena Maal Hijrah 1 Muharam 1437 ini, Saya mendokan sahabat-sahabat sihat walafiat , dimurahkan rezeki aman damai serta dapat menjalankan ibadah seharian dengan sempurna....Semoga amal jariah serta kerja kebaikan yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi.....
terimakasih atas sumbangan amal untuk pondok impian fakir...



 Bahagian Belakang (Dapur)


Ya Allah..Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...
**********************************
STATUS PONDOK IMPIAN FAKIR
3 OKT 2015



 Bahan binaan ditambah








Ya Allah..Berikanlah Kami Kesihatan Yang Baik, Dimurahkan Rezeki Serta Dipermudahkan Urusan Seharian Kami..

**************************************************

                   27 Sep 2015, De' Redang, Berkat usaha saudara Sa'ari Desa (Seorang Fakir & Asnaf) ingin memiliki sebuah pondok hampir tercapai, kerja-kerja pembinaan dilakukan sendiri oleh saudara Sa'ari serta saudara serta sukarelawan yang baik hati, Terimakasih kepada Tuan puan, kakak2 serta sahabat2 yang budiman atas sumbangan infaq yang telah diberi, sebuah pondok 95 % pembinaan telah disiapkan, yang tinggal memasang atap serta plaster dinding serta melincinkan lantai serta finishing sahaja, jikalau faktor cuaca yang mengizinkan isyallah kerja-kerja dapat dipercepatkan,  bagi dana untuk bekalan air bersih telah di perolehi, kerja pemasangan paip air akan dilakukan pada minggu ini. Bagi dana bekalan letrik telah pun diperolehi, pihak wireman akan memasang apabila ruang dalam pondok siap . Terimakasih kepada semua sukarelawan serta para sahabat yang membantu saya dalam impian fakir memiliki sebuah pondok harapan, semoga amal kebaikan kita diberkati & dirahmati ilahi. kepada yang masih ingin memberi sumbangan boleh hubungi saya 0195414673 (En. Jamaluddin)...terimakasih ...Jazakkalah Khairan Khatira..










Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...