STATUS PONDOK IMPIAN FAKIR
14 OKT 2015
Assalamualaikum ...sahabat-sahabat ku yang budiman ,
Sempena Maal Hijrah 1 Muharam 1437 ini, Saya mendokan sahabat-sahabat sihat
walafiat , dimurahkan rezeki aman damai serta dapat menjalankan ibadah seharian
dengan sempurna....Semoga amal jariah serta kerja kebaikan yang kita lakukan diberkati dan dirahmati
ilahi.....
terimakasih atas sumbangan amal untuk pondok impian fakir...
Ya Allah..Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...
**********************************
STATUS PONDOK IMPIAN FAKIR
3 OKT 2015
**************************************************
27 Sep 2015, De' Redang, Berkat usaha saudara Sa'ari Desa (Seorang Fakir & Asnaf) ingin memiliki sebuah pondok hampir tercapai, kerja-kerja pembinaan dilakukan sendiri oleh saudara Sa'ari serta saudara serta sukarelawan yang baik hati, Terimakasih kepada Tuan puan, kakak2 serta sahabat2 yang budiman atas sumbangan infaq yang telah diberi, sebuah pondok 95 % pembinaan telah disiapkan, yang tinggal memasang atap serta plaster dinding serta melincinkan lantai serta finishing sahaja, jikalau faktor cuaca yang mengizinkan isyallah kerja-kerja dapat dipercepatkan, bagi dana untuk bekalan air bersih telah di perolehi, kerja pemasangan paip air akan dilakukan pada minggu ini. Bagi dana bekalan letrik telah pun diperolehi, pihak wireman akan memasang apabila ruang dalam pondok siap . Terimakasih kepada semua sukarelawan serta para sahabat yang membantu saya dalam impian fakir memiliki sebuah pondok harapan, semoga amal kebaikan kita diberkati & dirahmati ilahi. kepada yang masih ingin memberi sumbangan boleh hubungi saya 0195414673 (En. Jamaluddin)...terimakasih ...Jazakkalah Khairan Khatira..
Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya
daripada lautan.
"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api
neraka...
No comments:
Post a Comment