"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Tuesday, November 17, 2015

PONDOK IMPIAN FAKIR TERTUNAI SUDAH



            De' Redang 17 Nov 2015 -  Alhamdullilah..Bersyukur..syukur..syukur kehadrat ilahi..pondok impian fakir telah selamat dibina..amanah tuan puan kakak kakak semua telah pun saya sempurnakan...pagi tadi.

           Pondok impian ini mula dibina pada pertengahan bulan Ogos 2015 hampir 3 bulan bertungkus lumus menyiapkanya kini telah siap sepenuhnya dengan kos RM19K tidak termasuk kos upah kerana saudara Saari membina sendiri dibantu oleh sukarelawan, Pondok ini berukuran 39 kaki panjang  X 19 kaki lebar mempunyai 1 ruang tamu, 1 bilik utama, 1 bililk ke 2 & 1 bilik ke 3 serta mempunyai ruang dapur yang selesa, bilik air serta tandas. Dana kos pembinaan adalah 100% dari sumbangan iklas dari rakan-rakan, tuan puan serta kakak-kakak yang budiman hasil kerja jamaah termasuk juga kelengkapan peralatan kelengkapan seperti kipas angin, lampu, TV, Peti ais, dapur gas, periuk letrik, pinggan mangkuk, tikar getah serta langsir semuanya adalah sumbangan para dermawan yang mulia..terimakasih kakak-kakak yang datang Lembah Kelang membawa keperluan peralatan.

          Alhamdullilah...Kunci pondok impian telah selamat diserahkan kepada saudara Saari....isyallah mulai pada hari ini saudara Saari akan mula berpindah dari rumah yang disewa sebanyak RM100 sebulan ke pondok impian barunya, Saya mewakili saudara Saari & keluaraga mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang membantunya, semoga amal kebaikan yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi....jazakallah khairan khatira....












Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Bismillahirrahmanirrahim... Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabat-sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment