"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, December 5, 2014

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Alhamdullillah, berkat doa pasangan fakir miskin Abang Rosli & Kakak Ina yang mengimpikan sebuah pondok tempat berteduh diatas tanah miliknya sendiri telah menjadi kenyataan semuanya anugerah ilahi yang dibantu oleh insan-insan yang mulia dan budiman,

 

Pembinaan pondok ini bermula dipagi jumaat menjelang awal tahun 1436H, Hasil dari sumbangan tuan-puan, kakak-kakak yang budiman yang bertungkus lumus mencari dana melalui blog jamalhassim.blogspot.com dan Face Book dalam masa seminggu sahaja bermula pada 19 Okt 2014 dana untuk pembinaan telah dapat di kumpulkan, bagi membantu pasangan ini . Di perngkat awal bajet pembinaan yang dirancangkan RM5K sahaja bagi membina sebuah pondok  yang kecil berukuran 16 kaki  x 14 kaki diatas tanah miliknya 60 kaki  x 100 kaki di Lot 6417, Kampung Redang Panjang Batu Kurau 34510 Taiping Perak.

Atas nasihat pandangan dari kakak2 yang budiman serta sukarelawan yang mulia plan asal telah diubah suai bagi keselesaan pasangan in.





KERJA-KERJA MENDIRIKAN PONDOK BERMULA PADA PAGI JUMAAT 24 OKT 2014 MEJELANG MAAL HIJRAH


Alhamdullilah...bersyukur kehadrat ilahi dengan kerja sama serta sokongan sahabat2 & kakak2 yang budiman...di pagi Jumaat & menjelang Maal Hijrah 1436 yang mulia ini aktiviti gotong royong bersama sukarelawan serta beberapa orang penduduk kampung memasang 6 batang tiang bagi membina pondok harapan abang Rosli & Kakak Ina....

Bermula disiniPembersihan tapak 


 Doa dipohonkan semoga dipermudahkan urusan

Kerja mendirikan tiang seri utama di pagi jumaat awal maal hijrah 1436H



 pemantauan setiap hari

 Abang Rosli mengali lobang tandas 












Rel yang cantik sumbangan kakak yg budiman Peralatan serta sejadah



 Dapur gas sumbangan kakak yg budiman



 Hampir 45 hari pondok ini dapat disiapkan 100% 
telah di wiring, tinggal TNB salurkan bekalan letrik sahaja, selepas itu peralatan letrik akan dimasukan...

Anggaran Kos keseluruhan adalah seperti berikut:

1. Sebuah Pondok, berukuran 16  x 28 kaki ( Ruang tamu, 1 bilik, ruang dapur bilik air serta tandas serta varenda hadapan) termasuk kos tukang rumah serta sukarelawan yang membantu RM 12K

2. Bekalan letrik serta bekalan air 2K

3. Peralatan dalam rumah, peti ais, mesin basuh kain, TV serta boster,  cerek letrik, rice cooker kecil, katil tilam serta bantal & cadar, tikar getah, meja makan, rak baju, rak pinggan dan banyak lagi keperluan bajet yang di beli RM3K ( tidak termasuk sahabat memberri keperluan peralatan)

Jumlah keseluruhan adalah RM17K telah disempurnakan...

Baki di uncang RM 254.60 untuk membeli keperluan makanan untuk abang rosli masuk rumah baru  dan untuk adakan kenduri kesyukuran..

Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang & sukarelawan


Terimakasih Jazakallahkhairan....



No comments:

Post a Comment