De' Redang 27 Dis @014...Alhamdullillah, berkat doa pasangan fakir miskin Abang Rosli & Kakak Ina yang mengimpikan sebuah pondok tempat berteduh diatas tanah miliknya sendiri telah menjadi kenyataan semuanya anugerah ilahi yang dibantu oleh insan-insan yang mulia dan budiman..
Pembinaan pondok ini bermula dipagi jumaat menjelang awal tahun 1436H, Hasil dari sumbangan tuan-puan, kakak-kakak yang budiman yang bertungkus lumus mencari dana melalui blog jamalhassim.blogspot.com dan Face Book dalam masa seminggu sahaja bermula pada 19 Okt 2014 dana untuk pembinaan telah dapat di kumpulkan, bagi membantu pasangan ini . Di perngkat awal bajet pembinaan yang dirancangkan RM5K sahaja bagi membina sebuah pondok yang kecil berukuran 16 kaki x 14 kaki diatas tanah miliknya 60 kaki x 100 kaki di Lot 6417, Kampung Redang Panjang Batu Kurau 34510 Taiping Perak.
Atas nasihat pandangan dari kakak2 yang budiman serta sukarelawan yang mulia plan asal telah diubah suai bagi keselesaan pasangan ini.
1. Sebuah Pondok, berukuran 16 x 28 kaki ( Ruang tamu, 1 bilik, ruang dapur bilik air serta tandas serta varenda hadapan) termasuk kos tukang rumah serta sukarelawan yang membantu RM 12K
2. Bekalan letrik serta bekalan air 2K
3. Peralatan dalam rumah, peti ais, mesin basuh kain, TV serta boster, cerek letrik, rice cooker kecil, katil tilam serta bantal & cadar, tikar getah, meja makan, rak baju, rak pinggan dan banyak lagi keperluan bajet yang di beli RM3K ( tidak termasuk sahabat memberi keperluan peralatan) termasuk keperluan asas makanan
Jumlah keseluruhan adalah RM17K telah disempurnakan...
Bagi kenduri kesyukuran telah disempurnakan oleh bapa abang rosli semasa saya bertugas diluar kawasan ( gambar tidak diperolehi)
Baki di uncang RM 160.00 telah diserahkan kepada kakak ina..
Hampir 2 bulan bertungkus lumus dengan kerjasama kakak-kakak yang budiman serta sukarelawan yang mulia ...Alhamdullilah. ..tertunai sudah harapan untuk mendapat sebuah pondok bagi pasangan OKU & fakir abang rosli & kakak ina. ..kunci pondok telah selamat diserahkan....terimakasih Jazakallah khairan kepada kakak kakak yang budiman & tuan puan. ...semoga amal kebaikan yg di lakukan dirahmati dan diberkati ilahi. ..
"Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...
Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang & sukarelawan
No comments:
Post a Comment