"Ya Allah Panjangkanlah
Umur Kami Dalam Mentaati-Mu, Dan Mentaati Utusan-Mu Serta Jadikanlah Kami
Hamba-Hamba-Mu Yang Saleh...Rasullullah S.A.W bersabda Allah S.W.T sentiasa menolong hambanya selagi hambanya menolong saudara-saudaranya..........Bukhari....
Saidina Ali
KarramAllahhu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah”
1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu / Berdusta lebih
berat daripada langit.
2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada
bumi.
3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya
daripada lautan.
4- Apakah yang lebih keras daripada bartu ?
Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras
daripada batu.
5- Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas
daripada api.
6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir (
Neraka yang paling dingin ) ?
Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang
bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.
7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali
menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain)
Mengadu domba lebih pahit daripada racun.
Saya mendoakan semoga pengunjung blog De Redang dan para sahabat yang budiman serta keluarga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia,
Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan
Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...
No comments:
Post a Comment