"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, February 10, 2013

SINAR HARAPAN:PROGRAM MALIDUR RASUL 1434H/2013H




10 Feb 2013 Ahad De'Redang....Alhamdulillah..Bersyukur Kepada Ilahi Atas Sokongan  Sahabat-Sahabat Dan Hamba - Hamba Yang Budiman serta sukarelawan yang mulia, De Redang bersama rakan Eksekutif Suri dan rakan-rakan seperjuangan memulakan kerja-kerja kebajikan  pada tahun 2013, Program kebajikan yang dirancang kan telah selamat disempurnakan kepada fakir miskin, anak yatim, Ibu tunggal dan  keluarga yang berpendapatan rendah, OKU sempena Malidur Rasul 1434/2013. 


Kehadiran tetamu melebihi 300 orang bagi sama-sama berdoa, berselawat serta menghayati pendengaran berkaitan Khutbah terakhir Nabi Muhammad sebelum baginda wafat  dan  pengisian ilmu ceramah dari Ust. Ahmad Baktier dari Sek. Men. Redang Panjang bertajuk " Rasullah Ikutan Kami", 
Para tetamu mengaminkan doa, Ya Allah, Kami Memohon Kepada Mu Supaya Sahabat –Sahabat Yang Budiman Dan Bermurah Hati  Memberi Sumbangan Kepada Kami Bagi Mengadakan Program Yang Beraqah Ini Supaya Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dipermudahkan Urusan Seharian Mereka..
Ucapan terimakasih kepada semua yang terlibat bagi program ini , semoga kerja amal kebajikan kita diberkati dandirahmati ilahi...



























Ya Allah..
Tetapkanlah Hati Kami, Perluaskanlah Rezeki, Dekatkanlah
Hati Kami Kepada Kebaikan, Jauhkanlah Hatinya Pada Kejahatan, Tunaikanlah
Hajat Baik Hajat Dalam Agama,Dunia Dan Akhirat...

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21)Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.......wassallam....




No comments:

Post a Comment