26 May 2012 - Alhamdullilah, Majlis tahlil arwah allahyarham dan allahyararmah kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia telah selamat diadakan....
Ya Allah wahai Tuhan kami,
jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara
para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan,
masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya
Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan
rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang
empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah wahai Tuhan kami,
pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad
pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan
yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada
bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya,
mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan
orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat
iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang
yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik
kawan.
Mohon limpah kurniaMu jua, ya
Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
semoga semua roh arwah-arwah muslimin dan muslimat ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman....amin..
No comments:
Post a Comment