"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, May 19, 2012

SINAR HARAPAN : DANA KE MENARA GADING 2012


UP DATE 7 JUL 2012


7 Jul 2012 De'Redang...Info yang lewat diterima sumbangan ke menera gading disempurnakan kepada adik Mohamed Hafiz Bin Mohamad Yusof berasal dai Batu Kurau Perak, mendapat tawaran belajar di Politeknik Sutan Azlan Shah Behrang Perak, Bagi jurusan Kejuteraan Eletronik Komunikasi selam 6 semeter, tarikh lapor diri pada esok pagi 8 Jul 2012....adik Mohamed Hafiz dua beradik tinggal dengan ibu..Ibunya adalah seorang ibu tunggal bekerja kilang di Kamunting Taiping Perak dengan berpendapatan dibawah RM 700.00....Alhamdullilah.. dengan kerjasama Kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan dapat saya menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 500.00...bagi menampung keperluan perbelanjaanke IPTA.....Jazzakallah Khairan Khatira....


UP DATE 29 JUN 2012

29 Jun 2012 De'Redang...Dipagi Jumaat  di bulan Sya'aban Yang mulia ini...saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM 800.00 yuran pendaftaran dan RM 500.00 untuk perbelanjaan ke Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang pada 10 Jul 2012 kepada adik Rahil Binti Shafie didalam jurusan Diploma Pengurusan Logistik & rangkaian.

Bapanya telah meninggal dunia, Ibunya kakak Salasiah bekerja sebagai tukang sapu sampah di sekolah dengan pendapatan RM 450.00,.Jelas terbayang kegembiraan diwajah kedua beranak ini hasrat untuk ke IPTA tercapai .....saya mewakili insan ini mengucapkan jazzakallah khairan khatira kepada sahabat - sahabat yang membantu.., Semoga Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...

 

 *****************************************************

19 May 2012 De'Redang...Disini saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik yang cemerlang ke Menara Gading, buat masa kini info yang diterima baru seorang sahaja iaitu :



Adik Siti Rodziah Binti Bashah dari Kampung Tersusun Redang Panjang, Ijok batu kurau taiping Perak, Ke Kolej Matrikulasi Gopeng Ipoh Perak, dalam Jurusan Sains Selama 4 semester tarikh mendaftar 28 May 2012, yuran pendaftaran dan perbelanjaan tambahan membeli keperluan RM 1,050.00 telah selamat di sampaikan..
.

Tujuan murni misi ini adalah untuk membantu adik- adik serta keluaraga mereka bagi meringankan beban mereka serta persediaan ke IPT pada bulan ini, kami hanya membantu insan yang memerlukan....

“Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal”  

“jazakallahu khairan”....terimakasih...kepada yang terlibat

No comments:

Post a Comment