"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, April 13, 2012

SUMBANGAN MANGSA BANJIR






De Redang – 13 Apr 2012 - Dengan niat seikhlas hati mewakili sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan-rakan yang budiman saya membuat lawatan ke kawasan kampung yang dilanda banjir, bertemu dengan insan yang fakir serta anak-anak mendapat ujian ilahi, Tidak disangka-sangka pada sebelah petang rabu 11 Apr 2012 masyarakat dunia tertumpu kepada berlakunya gegaran di Aceh Sumatera Utara dan beberapa negeri di tanah air, dengan kuasa ilahi satu tsunami kecil telah berlaku kepada fakir miskin di perkampungan Sungai Siam Sungai jernih Ijok batu kurau Perak, kesedihan beberapa penduduk Kampung Air Siam Sungai Jernih di Ulu Ijok Batu Kurau Taiping Perak dan beberapa kampung yang berhampiran, rumah mereka musnah akibat banjir kilat pada malam hari rabu 11 Apr 2012. Dua rumah runtuh dipukul bah besar di Sungai Ijok, itu ialah rumah Nenek Zainab Abdul Kadir, 80 tahun dan jiran beliau, Pakcik Tarmizi Tajuddin 50 tahun yang tinggal bersama abangnya. Dan beberapa lagi mangsa banjir yang teruk. Mangsa yang lain ialah Makcik Pakgah Mail, Paksu Rodzi 72 tahun dan Isteri Maksu Mah bersama seorang cucu, Abang Mustapha dan Isteri Halimatun Saadiah serta 2 anak, Abang Hamidi dan Isteri Kakak Jamaliah serta 2 anak dan ada beberapa lagi nama yang tidak dapat di perolehi, secara keseluruhanya terdapat lebih dari sepuluh penduduk yang terlibat teruk.







Banyak harta musnah seperti peralatan letrik, pingan mangkuk, kain baju, tilam almari semuanya rosak teruk, yang paling sedih ialah makanan seperti beras, gula habis di hanyut oleh air bah. Dan lagi menyedihkan bagi anak-anak habis baju & keperluan sekolah di hanyutkan arus yang deras.

Semasa berbual dengan Pakndak Tarmizi yang sayu dengan rumahnya rosak teruk, nampak di wajah kesedihanya. Nenek Zainab yang tinggal sendirian dirumahnya yang terletak beberapa meter dari Sungai Ijok, bagaimanapun bersyukur kerana semasa kejadian air bah besar sekitar 11 malam, beliau bermalam di rumah anaknya tidak jauh dari kampung tersebut. Pakcik Termizi yang juga bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku tinggal bersama abangnya. Kejadian yang memusnahkan kedua-dua buah rumah yang agak uzur itu.





Jutaan terima kasih kepada sahabat yang budiman yang memberi sumbangan di peringkat awal, Bagi meneruskan program SINAR HARAPAN dengan kerja sama rakan seperjuangan Kakak Elly dan suami dari Eksekutif Suri, Saya merayu kepada sahabat-sahabat yang budiman agar sama-sama kita membantu insan yang memerlukan tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya, Semoga apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi.







Kepada Sahabat-sahabat dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Memberi Sumbangan..
Terus Ke Akaun Saya-
May Bank: 158305195196 ..

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM

019-5414673

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; "Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesen

No comments:

Post a Comment