"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, April 18, 2012

SINAR HARAPAN: MANGSA BANJIR KILAT



Berat mata memandang, berat lagi dugaan kepada mangsa-mangsa banjir ni,...

Begitulah kata-kata ikhlas dari sahabat yang budiman, Alhamdullilah dengan sokongan yang diberikan oleh rakan seperjuangan Kakak Elly dari Eksekutifsuri dan hamba-hamba yang budiman pada petang 18 Apr 2012 di perkampungan Air Siam Sungai Jernih Ijok Perak, sumbangan dapat disampaikan kepada 5 orang adik untuk membeli keperluan peralatan dan pakaian sekolah yang rosak akibat tsunami kecil banjir kilat yang dibawa arus yang deras dan juga 8 keluarga serta 2 warga emas yang menerima sumbangan bagi meringankan beban membeli barang keperluan.


Alhamdulillah Misi Sinar Harapan Sumbangan Mangsa Banjir Kilat telah dapat disempurnakan. Jutaan terima kasih pada sahabat yg budiman bagi saudara kita yg memerlukan perhatian kita demi membantu sesama Islam....Jutaan terima kasih juga pada insan-insan yang budiman. semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi, Sumbangan sudah selamat disampaikan pada mereka yg berhak. Semoga Allah memberkati & menggandakan rezeki sahabat-sahabat.....amin....

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyampaikan sumbangan masih boleh diteruskan

boleh menghubungi saya Jamaluddin Bin Hassim - Hp - 019-5414673

Sokongan sahabat-sahabat amat dihargai

Orang yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan......Amin...

No comments:

Post a Comment