"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Thursday, April 19, 2012

SINAR HARAPAN: SUMBANGAN KEMISKINAN WARGA EMAS UZUR

19 Apr 2012 - De Redang meneruskan kerja kebajikan mewakili sahabat-sahabat yang budiman bagi menyampaikan sumbangan kemiskinan kepada warga emas uzur dan orang kelainan upaya (OKU)

.




Ucapan terima kasih kepada rakan seperjuanagan dan sahabat yang memberi amanah untuk disampaikan kepada insan yang memerlukan...syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha, untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan, tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.

Wednesday, April 18, 2012

SINAR HARAPAN: MANGSA BANJIR KILAT



Berat mata memandang, berat lagi dugaan kepada mangsa-mangsa banjir ni,...

Begitulah kata-kata ikhlas dari sahabat yang budiman, Alhamdullilah dengan sokongan yang diberikan oleh rakan seperjuangan Kakak Elly dari Eksekutifsuri dan hamba-hamba yang budiman pada petang 18 Apr 2012 di perkampungan Air Siam Sungai Jernih Ijok Perak, sumbangan dapat disampaikan kepada 5 orang adik untuk membeli keperluan peralatan dan pakaian sekolah yang rosak akibat tsunami kecil banjir kilat yang dibawa arus yang deras dan juga 8 keluarga serta 2 warga emas yang menerima sumbangan bagi meringankan beban membeli barang keperluan.


Alhamdulillah Misi Sinar Harapan Sumbangan Mangsa Banjir Kilat telah dapat disempurnakan. Jutaan terima kasih pada sahabat yg budiman bagi saudara kita yg memerlukan perhatian kita demi membantu sesama Islam....Jutaan terima kasih juga pada insan-insan yang budiman. semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi, Sumbangan sudah selamat disampaikan pada mereka yg berhak. Semoga Allah memberkati & menggandakan rezeki sahabat-sahabat.....amin....

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyampaikan sumbangan masih boleh diteruskan

boleh menghubungi saya Jamaluddin Bin Hassim - Hp - 019-5414673

Sokongan sahabat-sahabat amat dihargai

Orang yang bersedekah, menderma dan menginfak harta semata-mata kerana Allah SWT akan menerima ganjaran besar di akhirat nanti. Firman Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud, Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan......Amin...

Friday, April 13, 2012

SUMBANGAN MANGSA BANJIR






De Redang – 13 Apr 2012 - Dengan niat seikhlas hati mewakili sahabat-sahabat seperjuangan dan rakan-rakan yang budiman saya membuat lawatan ke kawasan kampung yang dilanda banjir, bertemu dengan insan yang fakir serta anak-anak mendapat ujian ilahi, Tidak disangka-sangka pada sebelah petang rabu 11 Apr 2012 masyarakat dunia tertumpu kepada berlakunya gegaran di Aceh Sumatera Utara dan beberapa negeri di tanah air, dengan kuasa ilahi satu tsunami kecil telah berlaku kepada fakir miskin di perkampungan Sungai Siam Sungai jernih Ijok batu kurau Perak, kesedihan beberapa penduduk Kampung Air Siam Sungai Jernih di Ulu Ijok Batu Kurau Taiping Perak dan beberapa kampung yang berhampiran, rumah mereka musnah akibat banjir kilat pada malam hari rabu 11 Apr 2012. Dua rumah runtuh dipukul bah besar di Sungai Ijok, itu ialah rumah Nenek Zainab Abdul Kadir, 80 tahun dan jiran beliau, Pakcik Tarmizi Tajuddin 50 tahun yang tinggal bersama abangnya. Dan beberapa lagi mangsa banjir yang teruk. Mangsa yang lain ialah Makcik Pakgah Mail, Paksu Rodzi 72 tahun dan Isteri Maksu Mah bersama seorang cucu, Abang Mustapha dan Isteri Halimatun Saadiah serta 2 anak, Abang Hamidi dan Isteri Kakak Jamaliah serta 2 anak dan ada beberapa lagi nama yang tidak dapat di perolehi, secara keseluruhanya terdapat lebih dari sepuluh penduduk yang terlibat teruk.







Banyak harta musnah seperti peralatan letrik, pingan mangkuk, kain baju, tilam almari semuanya rosak teruk, yang paling sedih ialah makanan seperti beras, gula habis di hanyut oleh air bah. Dan lagi menyedihkan bagi anak-anak habis baju & keperluan sekolah di hanyutkan arus yang deras.

Semasa berbual dengan Pakndak Tarmizi yang sayu dengan rumahnya rosak teruk, nampak di wajah kesedihanya. Nenek Zainab yang tinggal sendirian dirumahnya yang terletak beberapa meter dari Sungai Ijok, bagaimanapun bersyukur kerana semasa kejadian air bah besar sekitar 11 malam, beliau bermalam di rumah anaknya tidak jauh dari kampung tersebut. Pakcik Termizi yang juga bersyukur kerana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku tinggal bersama abangnya. Kejadian yang memusnahkan kedua-dua buah rumah yang agak uzur itu.





Jutaan terima kasih kepada sahabat yang budiman yang memberi sumbangan di peringkat awal, Bagi meneruskan program SINAR HARAPAN dengan kerja sama rakan seperjuangan Kakak Elly dan suami dari Eksekutif Suri, Saya merayu kepada sahabat-sahabat yang budiman agar sama-sama kita membantu insan yang memerlukan tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya, Semoga apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati ilahi.







Kepada Sahabat-sahabat dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Memberi Sumbangan..
Terus Ke Akaun Saya-
May Bank: 158305195196 ..

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM

019-5414673

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; "Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesen