"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, February 4, 2012

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1433H

UP DATE 25 FEB 2012 SABTU

PROGRAM ZIARAH MAULIDUR RASUL 1433H

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN


Alhamdulillah Misi Sinar Harapan Ziarah & Sedekah sempena Maulidurrasul pada 25 Feb telah dapat dilaksanakan. Jutaan terima kasih pada sahabat yg budiman bagi saudara kita yg memerlukan perhatian kita demi membantu sesama Islam....Jutaan terima kasih juga pada insan-insan yang budiman. semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi, Sumbangan sudah selamat disampaikan pada mereka yg berhak. Semoga Allah memberkati & menggandakan rezeki sahabat-sahabat..






********************************







Alhamdulillah..Bersyukur Kepada Ilahi Atas Sokongan Sahabat-Sahabat Dan Hamba - Hamba Yang Budiman, De Redang bersama rakan seperjuangan kakak Elly dari Eksekutif Suri memulakan kerja-kerja kebajikan pada tahun 2012, Program kebajikan yang dirancang adalah Sumbangan sedekah jariah kepada fakir miskin sempena Malidur Rasul 1433/2012.


PROGRAM ZIARAH MAULIDUR RASUL 1433H

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN


Kepada Sahabat-sahabat dan Hamba-Hamba Allah Yang Budiman

Ingin Bersama

Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..

Terus Ke Akaun Saya- May Bank: 158305195196 ..

BOLEH MENGHUBUNGI SAYA

EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673

Jamalhassim.blogspot (De Redang)

Email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com
&
Rakan Seperjuangan

Kakak ELLY dari Eksekutifsuri

Sanggarsuri.blogspot 012-3614014



Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; "Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesen

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H



Salam Maulidur Rasul dari De Redang.....12 Rabiul Awal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w diutus oleh Allah s.w.t bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah.

Seperti biasa pelbagai sambutan dibuat bagi memperingati kewafatan baginda s.aw, Sempena hari yang bersejarah ini saya dan keluarga menyampaikan salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog De’ Redang di seluruh dunia. Semoga hari ini dapat kita hayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Al-Fatihah.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (S.A.W). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.