"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, June 29, 2011

Misi Sinar Harapan: Dana ke Menara Gading 2011 & Sumbangan kepada Ibu tunggal

UP DATE 14 JUL 2011

14 Jul 2011 - DeRedang, Sumbangan sebanyak RM 100.00 kepada adik Mohamad Nor Aiman Bin Ahmad ke IPT UNIKL.....MAAF ATAS MASAALAH TEKNIKAL GAMBAR TIDAK DIPEROLEHI...

UP DATE 30 JUN 20
11


30 Jun 2011 - De Redang, Sumbangan sebanyak RM 100.00 kepada kakak Salasiah Bt Salimi, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang sapu dan cucian di sebuah sekolah, mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah

Ucapan terimakasih kepada seorang kakak yang budiman kerana sudi membantu ibu tunggal dan anak-anak ini...Saya mewakili kakak Salasiah dan anak-anak mendoakan semoga kakak yang memberi sumbangan sihat walafiat dan dimurahkan rezeki....semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....MAAF ATAS MASAALAH TEKNIKAL GAMBAR TIDAK DIPEROLEHI...

Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.

**********************************************************************

27 Jun 2011 - De Redang, Alhamdullilah misi sinar harapan dapat diteruskan membantu 3 pelajar yang akan menjejak kaki ke 3 Politeknik pada awal jul 2011. Sumbangan sebanyak RM 100.00 seorang , Adik-adik ini adalah :

MARIAM BT ZAINUDDIN (Keluarga berpendapatan rendah) ( Maaf gambar tidak dapat diambil kerana masaalah teknikal)

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM


MUHAMMAD FARID BIN ISMAIL (Anak Yatim)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU KUANTAN PAHANG


MOHAMAD SHAHID BIN YUSUF (Keluarga berpendapatan rendah)

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH JITRA KEDAH

Disini saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik-adik yang ke Politeknik.

Sehubungan dengan itu ucapan terimakasih kepada penderma – penderma yang budiman, Adik-adik dan keluarga mereka bershukur kehadrat ilahi kerana ada insan yang mulia didunia in yang perihatin, mereka berkali-kali mengucapkan terimakasih, terimakasih, terimaksih dan mendoakan tuan-tuan yang budiman serta sukarelawan yang membantu sihat walafiat dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati ilahi....jasa tuan-& puan kami hargai dan akan menjadi tauladan kepada kami semua....adik-adi bertiga ini menangis dalam kegembiraan kerana pertolongan yang diberi ......

Tujuan murni misi ini adalah untuk membantu adik- adik berkenaan serta keluaraga mereka bagi meringankan beban mereka serta persediaan ke IPT pada bulan ini, mereka telah berjanji akan mengunakan wang yang berkenaan sebaik mungkin bagi keperluan ke IPT serta akan belajar bersunguh-sunguh untuk berjaya dimasa hadapan........kami hanya membantu insan yang memerlukan....

Saya mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa..



No comments:

Post a Comment