MAKLUMAT SINAR HARAPAN
Makcik Mesah Bt Ismail berumur 72 tahun, seorang warga emas yang menghidapi penyakit jantung dan kini lumpuh sebelah badan terlantar dirumah tinggal di Lot 6406 Kg. Tersusun Redang Panjang, bersama suami warga emas Pakcik Awang Kechik Bin Man berumur 76 tahun.
Makcik Mesah dan Pakcik Awang adalah fakir miskin yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap, hasil dari kerja-kerja buruh kampung seperti menebas ,meracun dan kerja – kerja ladang yang dilakukan oleh suaminya warga emas. Jumlah pendapatan didalam sehari adalah RM 25.00 didalam sebulan paling banyak Pakcik Awang boleh bekerja lebih kurang 15 hari pedapatan didalam sebulan lebih kurang RM 375.00. Dengan usia emas dan sisa kudrat suami Makcik Mesah masih melakukan kerja-kerja bagi mencari rezeki bagi membeli makanan seharian. Warga emas ini tidak mendapat apa-apa bantuan keuwangan, melainkan sumbangan dari pada sahabat-sahabat yang budiman, warga emas ini mempunyai 5 orang anak yang telah mempunyai keluarga dan mempunyai tangungan yang ramai. Anak-anak nya ada juga membantu sekadar mampu sahaja.
RUMAH WARGA EMAS INI & KENDERAAN YG DIGUNAKAN ..
MISI SINAR HARAPAN
Bagi membantu dan meringankan beban Makcik Mesah yang menghidapi penyakit jantung dan kini lumpuh sebelah badan, Alhamdullilah buat masa kini seorang sahabat yang budiman telah bermurahati dengan memberi sumbangan, dapatlah membeli sebuah kerusi roda terpakai dan juga keperluan dapur, sumbangan telah disampaikan pada 3 May 2011 di rumah warga emas ini....
RAYUAN SUMBANGAN…
Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bagi membantu warga emas ini membeli keperluan seharian dan juga lampin pakai buang, bolehlah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673
EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com
Blogspot De’redang : jamalhassim.blogspot
Untuk Sumbangan: Maybank 158305195196 JAMALUDDIN HASSIM
Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Dirahmati Ilahi…
Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...
Saidina Ali R.A.
No comments:
Post a Comment