Alhamdullilah misi sinar harapan dapat membantu seorang lagi adik Siti Zaleha Bt Abdul Hamid
yang berasal dari Bagan Baru Selama Perak, anak sulung dari 6 beradik, bapanya seorang petani dan bekerja kampung, pendapatan dibawah paras RM 500.00, Adik Siti Zaleha mendapat tawaran di IPT Kolej Matrikulasi Gambang Pahang, didalam jurusan Sains, dan akan melapur pada 23 Mei 2011, sumbangan telah pun selamat dilakukan pada 17 Mei 2011 dirumahnya berjumlah RM 925.00 termasuk yuran....Disini saya dan juga keluarga adik Siti Zaleha mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik Siti Zaleha...
***************************************************************************
PENERIMA SUMBANGAN KE IPT
13 Mei 2011- De'Redang...Disini saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada kakak Elly dari Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ sahabat-sahabat yang dermawan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan dana wang kepada adik-adik yang cemerlang ke Menara Gading:
NAMA PELAJAR | TEMPAT | STATUS | TAWARAN TARIKH | JUMLAH SUMBANGAN |
KHALIJAH GAYAH BT ANANG | KUBU GAJAH SELAMA PERAK | ANAK YATIM PENDAPATAN IBU BAWAH RM 450.00 | DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT UITM ARAU PERLIS 21 MEI 2011 | 13 Mei RM 500.00 &
14 Mei YURAN RM 543.00
|
INTAN SYAKHIRAH BT SHAMSHUL BAHARI | SUNGAI LEMPUNG SELAMA PERAK | KELUARGA MISKIN PENDAPATAN BAPA BAWAH RM 600.00 | DIPLOMA SAINS UITM ARAU PERLIS 22 MEI 2011 | 13 Mei RM 500.00 &
14 Mei
YURAN RM 653.00
|
SITI NUR FATEN BT SUDIN | SELAMA PERAK | KELUARGA MISKIN PENDAPATAN BAPA BAWAH RM 600.00 | JURUSAN SAINS KOLEJ MATRIKULASI KAMPAR PERAK 23 MEI 2011 | 13 Mei RM 500.00 &
14 Mei YURAN RM 420.00
|
Sehubungan dengan itu ucapan terimakasih kepada penderma – penderma yang budiman, Adik-adik dan keluarga mereka bershukur kehadrat ilahi kerana ada insan yang mulia didunia in yang perihatin, mereka berkali-kali mengucapkan terimakasih, terimakasih, terimaksih dan mendoakan tuan-tuan yang budiman serta sukarelawan yang membantu sihat walafiat dan dimurahkan rezeki serta sentiasa dirahmati ilahi....jasa tuan-& puan kami hargai dan akan menjadi tauladan kepada kami semua....adik-adi bertiga ini menangis dalam kegembiraan kerana pertolongan yang diberi ......
Tujuan murni misi ini adalah untuk membantu adik- adik berkenaan serta keluaraga mereka bagi meringankan beban mereka serta persediaan ke IPT pada bulan ini, mereka telah berjanji akan mengunakan wang yang berkenaan sebaik mungkin bagi keperluan ke IPT serta akan belajar bersunguh-sunguh untuk berjaya dimasa hadapan........kami hanya membantu insan yang memerlukan....
Saya mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa..
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara..
...........................................................................................
Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bagi membantu fakir miskin dan orang yang kurang berkemampuan, bolehlah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 saya sedia membantu...
EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com
Blogspot De’redang : jamalhassim.blogspot
Untuk Sumbangan: Maybank 158305195196 JAMALUDDIN HASSIM
Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Dirahmati Ilahi…
Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...
Saidina Ali R.A.
assalamualaikum en.jamal..
ReplyDeletejika saya ingin menderma kepada mana-mana keluarga miskin melalui encik..
adakah akauan bank untuk saya depositkan wangnya??
sikian.