"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, March 26, 2011

SINAR HARAPAN : SUMBANGAN KEMUDAHAN ASAS


SUMBANGAN DAN BANTUAN KEMISKINAN











26 Mac 2011 - Sabtu





Maklumat





Di sebuah perkampungan, Satu keluarga suami isteri dan 5 orang anak di Kampung Sungai Jernih Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Saudara Azlan berumur 33 tahun dan isteri Faizah Bt Tahrin 36 tahun, bersama 5 orang anak, Mohd fairus 12 th, Norhanis shamiza 11 th, Nurul Ain 5 tahun, Noralia 3 tahun dan Nurul Aina 1 tahun, memerlukan sumbangan dan bantuan bahan serta peralatan seperti simen, bata, zink bagi memperbaiki sebuah rumah yang terlalu uzur, bagi kerja-kerja saudara Azlan boleh melakukannya sendiri.





Sebuah rumah pusaka yang uzur di belakang Sekolah Keb. Sungai Jernih Ijok tapak milik keluarga isterinya tidak ada kemudahan asas yang sempurna, rumah pusaka saudara Azlan dan keluarga ini adalah asal usulnya adalah rumah ibu mertuanya yang berpindah ke perkampungan PPRT Kg. Teras Ijok.








Keadaan rumah yang uzur ini, bahagian atap zink yang bocor serta tidak mempunyai tandas dan bilik air, sebahagian dinding yang terlalu uzur dinding buluh, bagi bekalan paip air masyarakat telah disalurkan, bagi bekalan letrik sudah sedia ada, Buat sementara rumah yang uzur ini di perbaiki, buat masa kini saudara Azlan menyewa rumah di belakang Kampung Masjid Ijok dengan kadar sewa RM 50.00 sebulan. Saudara Azlan merancang untuk tinggal dirumah yang uzur didalam masa yang terdekat setelah bilik air dan tandas dibina.























Saudara Azlan bekerja buruh kampong, dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 600.00 sebulan, isterinya kakak Faizah tidak bekerja kerana menjaga anak 3 orang anak nya yang masih kecil. Dua orang anak nya masih bersekolah.















Dengan pendapatan yang tidak seberapa ini hanya dapat membeli keperluan makanan untuk keluarganya. Saudara Azlan tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari bagi mengantikan atap zink, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli keperluan makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya.


Rayuan Sumbangan…







Sekiranya ada insan yang ingin membantu dan memberi sumbangan bahan dan peralatan kemudahan asas bagi mengantikan atap zink rumah, bilik air & tandas, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673 …








Anggaran Kos:





a. Atap Zink - RM 2,000.00



b. Tandas & Bilik Air - RM 2,000.00








Email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com



Blogspot De’Redang : jamalhassim.blogspot





Untuk sumbangan: Maybank 158305195196 Jamaluddin Hassim








Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…






Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.









Alhamdullilah atas keperihatinan seorang sahabat yang budiman telah memberi sumbangan sedekah sebanyak RM 500.00, bagi membeli peralatan bagi membina kemudahan asas bilik air & tandas….Terimakasih kepada sahabat yang budiman….












Saturday, March 19, 2011

Pengertian Kebajikan Dan Dosa




Hadith :

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya: ”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Riwayat Muslim)

Huraian :

  • Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
  • Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”
  • Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Apabila Kamu Merasa Letih Kerana Berbuat Kebajikan Maka Sesunguhnya Keletihan Itu Akan Hilang Dan Kebaikan Yang Dilakukan Akan Terus Kekal.......Dan Sekiranya Kamu Berseronok Dengan Dosa Maka Sesunguhnya Keseronokan Itu Akan Hilang Dan Dosa Yang Dilakukan Akan Terus Kekal...

Saidina Ali R.A.





Friday, March 18, 2011

PELUANG KERJAYA SEBAGAI PENGAJAR KEMAHIRAN BAGI SEKTOR PERHOTELAN



KEPADA YANG BERMINAT UNTUK UNTUK MENCEBURI KERJAYA SEBAGAI PENGAJAR PROGRAM KEMAHIRAN BAGI SEKTOR PERHOTELAN DI PULAU PINANG... BOLEH MENGHUBUNGI SAYA 019-5414673

Email: jamaluddinbinhassim@yahoo.com

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

PENYEDIAAN MAKANAN - L-041- 1/2

Bidang tugas:

* Mengajar dalam bidang teori dan praktikal bagi kursus vokasional
* Membantu di dalam pengurusan berkaitan dengan dapur/kitchen
* Membantu di dalam proses merekabentuk kokurikulum, penyampaian latihan dan kajian semula (Bahan Pengajaran Bertulis/ Writtem Instructional Material)
* Membantu di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh Sekolah Perhotelan dan Perlancongan serta aktiviti Kolej secara keseluruhannya.

Kriteria Pegawai Penilai (PP)

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan,

* Telah manjalani kursus Induksi PP/PPD dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) minimum Tahap 3 di dalam berkaitan dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3).
* Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
* Memiliki Diploma/Ijazah atau surat kelayakan mengajar dari JPK adalah satu kelebihan

F&B HT-010-1/2

Bidang tugas:

* Mengajar dalam bidang teori dan praktikal bagi kursus vokasional
* Membantu di dalam pengurusan berkaitan dengan restoran
* Membantu di dalam proses merekabentuk kokurikulum, penyampaian latihan dan kajian semula (Bahan Pengajaran Bertulis/ Writtem Instructional Material)
* Membantu di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh Sekolah Perhotelan dan Perlancongan serta aktiviti Kolej secara keseluruhannya.

Kriteria Pegawai Penilai (PP)

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan,

* Telah manjalani kursus Induksi PP/PPD dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) minimum Tahap 3 di dalam berkaitan dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3).
* Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
* Memiliki Diploma/Ijazah atau surat kelayakan mengajar dari JPK adalah satu kelebihan

PEMANDU PELANCONG HT- 023-3

Bidang tugas:

* Mengajar dalam bidang teori dan praktikal bagi kursus vokasional
* Membantu di dalam pengurusan berkaitan dengan Pemandu Pelancong
* Membantu di dalam proses merekabentuk kokurikulum, penyampaian latihan dan kajian semula (Bahan Pengajaran Bertulis/ Writtem Instructional Material)
* Membantu di dalam semua aktiviti yang di jalankan oleh Sekolah Perhotelan dan Perlancongan serta aktiviti Kolej secara keseluruhannya.

Kriteria Pegawai Penilai (PP)

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan,

* Telah manjalani kursus Induksi PP/PPD dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) minimum Tahap 3 di dalam berkaitan dan,
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3).
* Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
* Memiliki Diploma/Ijazah dan surat kelayakan mengajar dari JPK serta lesen Pemandu Pelancong dari Kementerian Pelancongan adalah satu kelebihan


Tuesday, March 15, 2011

CERAMAH KEMAHIRAN DAN KERJAYA



Kepada Pusat-Pusat Latihan Kemahiran Kerjaya Awam dan Swasta yang ingin menjemput saya sebagai penceramah berkaitan Halatuju Kemahiran dan Kerjaya bolehlah hubungi saya melalui Hp: 019-5414673 Email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com Dengan pengalaman yang sedia ada saya ingin mencurahkan ilmu dan pengalaman kerjaya kepada pelatih-pelatih dan juga pengajar – pengajar, coach bagi program kemahiran. Tajuk dan Skop Ceramah adalah seperti berikut:

Tajuk: Hala tuju kemahiran dan kerjaya

Skop:

1. Sejarah kehidupan

2. Peluang kedua untuk kejayaan

3. Motivasi kemahiran dan kerjaya

a. Tugas dan tangungjawab

b. Peranan

c. Perubahan sikap

4. Peluang – peluang kerjaya

Tajuk: Persijilan Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Dalam Proepktif Kerjaya

Skop:

1. Program persijilan kemahiran

2. Motivasi kemahiran dan kerjaya

a. Tugas dan tangung jawab

b. Peranan

a. Perubahan sikap

c. Peluang – peluang kerjaya

3. Pengurusan Masa


Tajuk : Persediaan Pelatih Kemahiran Menghadiri Latihan Industri & Tamat Latihan Industri

Skop:

1. Mendedahkan pelatih dengan alam pekerjaan sebenar dan menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelatih.

2. Menanamkan sikap berdisiplin, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri dan mendedahkan pelatih kepada amalan dan peraturan keselamatan di industrI.

3. Memupuk budaya kerja berpasukan dan perhubungan yang baik di antara pelatih dan pekerja di industri serta membina jalinan kerjasama di antara Pusat Latihan dan industri

Tajuk : Peranan Tugas ,Tangungjawab & Keistimewaan serta Peningkatan Pengiftirafan Pengajar / Jurulatih Kemahiran

Skop:

1. Meningkatkan disiplin diri dalam kalangan pegajar dan membentuk ikatan perpaduan yang utuh di kalangan pegajar.

2. Membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri pegajar serta meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab

3. Membimbing para pegajar menjadi pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan beretika.


TAJUK: Peranan & Ketrampilan Peminpin

Skop:

1. Peranan peminpin

2. Ketrampilan peminpin

3. Tugas dan tangungjawab peminpin

4. Pengurusan masa