"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Monday, May 21, 2018

AMAL KEBAJIKAN SEPANJANG RAMADZAN 1439H & MENJELANG AIDILFITRI


De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan .....alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang menjelang Ramadzan 1439H/ 2018M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...


Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..Boleh hubungi saya melalui talian

JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673


PROGRAM SEPANJANG RAMADZAN 1439H & MENJELANG AIDIL FITRI
1.      DI SEPANJANG BULAN RAMADZAN & MENJELANG AIDIL FITRI SUMBANGAN BERAS DAN KEPERLUAN DAPUR, SEKILO DAGING KERBAU & SEEKOR AYAM, ANGGARAN KOS RM100  BAGI 50 PENERIMA YANG TELAH DIKENAL PASTI BAGI KELUARGA FAKIR MISKIN, KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH BAWAH RM 800.00 YG MEPUNYAI TANGUNGAN YANG RAMAI, ANAK YATIM, IBU TUNGGAL DAN JUGA OKU. 

2. MENYAMPAIKAN DUIT RAYA KEPADA ANAK- ANAK YANG TELAH DIKENAL PASTI OLEH GURU KELAS SEKOLAH YANG BERHAMPIRAN, ANGGARAN RM 30, KEPADA 80 ANAK-ANAK YANG TELAH DIKENAL PASTI.

3. MENYAMPAIKAN KAIN TELEKONG KEPADA IBU-IBU  YANG BERPENDAPATAN RENDAH & IBU FAKIR ANGGARAN RM 30 ANGGARAN 30 ORANG & MENYAMPAIKAN KAIN PELIKAT KEPADA AYAH YG FAKIR & BERPENDAPATAN KURANG DARI RM 800, ANGGARAN AYAH-AYAH 30 ORANG
Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan berakah atas apa yang masih ada di tanganmu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.....

No comments:

Post a Comment