"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, June 19, 2016

PROGRAM KHAS : IHYA RAMADZAN 2016 DARI YAYASAN ALBUKHARY FOUNDATION





       De' Redang 19 Jun 2016, Alhamdullilah syukur kehadrat illahi, dengan kerja sama kakak-kakak yang budiman pihak Yayasan Albukhary Foundation telah memberi sumbangan sebanyak 100 kotak berupa makanan keperluan dapur seperti beras, sardin, tepong, gula, kopi.


 Wakil dari Yayasan Al Bukhary En. Rashidi

   

Sumbangan Sedekah Jariah Kepada Fakir Miskin, Anak Yatim, Ibu Tunggal Dan  Keluarga Yang Berpendapatan Rendah & Orang Kelainan Upaya (OKU), seramai 100 penerima dari 8 buah kampung, Kg. Tersusun Redang Panjang, Ladang Stoughton, Kg, Redang Panjang Luar, Kg. Kota Raja Bersiong, Kg. Simpang 3, Kg. Jalan Baru, Kg. Sg. Segar & Kg Masjid Ijok

BERTEMPAT:  DE’REDANG  (RUMAH EN. JAMALUDDIN)
LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN  REDANG PANJANG, BT. KURAU PERAK
PADA:  19 JUN 2016           HARI:   AHAD      JAM:    10 .00 PAGI

ATURCARA MAJLIS

9.30 Pagi       -   Tetamu Jemputan Berkumpul
10.00 Pagi     -   Penggerusi Majlis Memulakan Acara
  S/S               -   Tahlil & Doa selamat oleh Ustaz Shamsudin
  S/S               -   Penyampaian sumbangan kepada penerima
  S/S               -   Bersurai

Sumbangan daripada pihak Yayasan Bukhari Telah Saya Terima,  Untuk program ramadzan, Alhamdullilah Bersyukur Kita Kehadrat Ilahi Atas Sokongan pihak tuan puan Kerana Mempermudahkan Saya Mengadakan Program  Sinar Harapan, Bagi Membantu Insan-Insan Yang Memerlukan...Saya Tidak Keseorangan Bagi Membantu Insan Yang Memerlukan Kerana Atas Sokongan Tuan Puan Dan Para Sahabat Yang Budiman Program Yang Dirancangkan Dapat Dilakukan Dengan Jayanya. Saya Bagi Pihak Penerima- Penerima Sumbagan Mengucapkan Jutaan Terimakasih Atas Sumbangan Yang Diberikan....

            Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’aala Menerima Baik Segala Amal Ibadah Dan Kebajikan Yang Dilakukan Di Sepanjang Bulan  Ramadzan Kali Ini Dengan Sebaik-Baik Penerimaan Serta Ganjaran.

Bismillahirrahmanirrahim...Ya Allah..
panjangkanlah umur tuan puan & sahabat-Sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka, terangi hati mereka dengan nur pancaran iman..

Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, Saya Mendoakan Semoga Kakak dan para sahabat yang budiman Sihat Walafiat Di Panjangkan Usia, Dimurahkan Rezeki Aman Damai Bersama Keluarga Tersayang...Semoga Kerja Kebajikan dan Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi, “Semoga Perkongsian Rezeki ini Membawa Sinar dalam hidup mereka, dan Memberikan Sinar kepada kita sepanjang jalan ke SYURGA..amin..” ... Jazzakallah Khairan Kathira


 










 Akhlaq sewaktu berpuasa
 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa

No comments:

Post a Comment