"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, April 29, 2016

SINAR HARAPAN : SYAABAN, RAMADZAN & SYAWAL

MENJELANG RAMADZAN & SYAWAL 1437H/ 2016M
BANTUAN SUMBANGAN KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN


De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan bagi menjelang Syaaban Ramadzan & Syawal program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu insan-insan yang memerlukan bagi golongan fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang bulan Syaaban dan menjelang Ramadzan & Syawal  1437H/ 2016M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama 
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..
Boleh Menghubungi saya
wsp : HP: 019-5414673



******************************************


PROGRAM 1 – Menjelang Ramadzan Memberi Sumbangan Buah Kurma Kepada 150 Keluaraga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tuggal, Oku, Orang yang berpendapatan rendah bawah RM 700 Anggaran Kos 1 Kotak Kurma Rm 10.00 X 500 Kotak Buah Kurma (Alhamdillilah..PROGRAM INI TELAH DISEMPURNAKAN)


PROGRAM 2 – Membantu Menyampaikan Beras Fidyah Mengantikan Puasa Yang Tertinggal Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim      Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan. (Diteruskan sepanjang Ramadzan Sehingga Menjelang Syawal)


PROGRAM 3 - Menganjurkan Sehari Atau Lebih Majlis Berbuka Puasa, Kenduri Tahlil & More Untuk Orang Tua-Tua, Tok Nenek Mengaji Pondok Dan Pelajar Agama Seramai 100 Orang Di Sekolah Agama Darul Taalim Sungai Limau Selama Perak ( Diadakan Juga Kenduri Tahlil & Arwah -Sebelum Waktu Berbuka Bermula Jam 6.30 Petang Setiap Hari) Anggaran Kos Rm 6.00 X 100 Orang = Rm 600.00 Semalam…Anggaran Kos 1 Orang X Rm 6.00 = Rm 600.00 Untuk Sehari, Terpulang Kepada Para Sahabat Yang Ingin Menyertai, Kekosongan Diawal Ramadazan Masih Ada..(Alhamdillilah..PROGRAM INI TELAH DISEMPURNAKAN)

PROGRAM 5 - Memberi Sumbangan 15 Kampit Beras Dan Membeli keperluan bahan mentah berjumlah RM700.00 setiap hari sepanjang bulan Ramadzan Bagi Menyediakan Bubur Lambuk , Disediakan Oleh Seorang Makcik & suami Dirumahnya anggaran 200 bungkus sehari Dan Diagihkan Kepada Penduduk Kampung Selepas Solat Asar di Masjid Ar Rahman Redang Panjang. (Alhamdillilah..PROGRAM INI TELAH DISEMPURNAKAN)

Isyallah....

***Program akan dikemaskini dari masa ke semasa.....terutama info khas...

Ya Allah kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang
Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan....Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin..

No comments:

Post a Comment