"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, July 19, 2015

QURBAN & AQIQAH 2015M /1436H



Bagi meneruskan usaha membantu dan membuat persiapan dan perancangan awal kerja-kerja kebajikan diteruskan... saya war-warkan lebih awal bagi memudahkan program yang dirancang adalah Qurban & Aqiqah yang akan diadakan sempena Hari Raya Qurban tahun ini 2015

QURBAN & AQIQAH 2015M/1436H AKAN DIADAKAN PADA 24 SEP 2015 HARI RAYA HAJI INI TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG:

1. Satu PANGGU/ Bahagian RM 500.00 - seekor lembu 7 bahagian RM 3, 500.00

2. Anggaran kos seekor kambing RM 850.00 - Seekor Kambing 1 bahagian

BUAT MASA KINI BINATANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING 

PERLU DIBUAT TEMPAHAN AWAL ....

HUBUNGI (JAMALUDDIN HASSIM)

SMS & WSP - 019-5414673




 

 

Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta mempunyai anak-anak yang ramai kepada penduduk-penduduk daerah ini dan dihantar terus ke rumah.  Majlis kenduri tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Qurban & Aqiqah..


Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”...(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)




Tuesday, July 14, 2015

SALAM AIDIL FITRI 2015M / 1436H

Assalamualaikum buat semua...Program Sinar harapan Menjelang Ramadzan dan Aidil fitri bagi tahun 1436H / 2015M amat berjaya dapat disempurnakan dengan baik dengan sokongan rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang budiman...semoga kerja-kerja kebajikan dan kebaikan yang dilakukan diberkati dan dirahmati ilahi...Jazzakallah Khairan Khatira...

SEMPENA SYAWAL YANG MULIA INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1436H/2015M
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,
sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan program-program kebajikan dan di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.
Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya, 
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat. 
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
 
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
De'Redang
Jamaluddin Hassim & Keluarga

Ya Allah, Ya Rabbi Ya Tuhan Kami, Sempena kedatangan Syawal yang barakah ini, Muliakan dan sayangilah sahabat-sahabatku. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, Berkati rezekinya, kuatkan imannya. Berikan kepadanya kenikmatan ibadah, Jauhkanlah dirinya daripada fitnah, Suburkan benih Keislaman pada diri dan keturunannya, dan Masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu tanpa hisab. Amin Ya Rabbal’alamin 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

*******************************************************