UP DATE 20 APR 2014
Info Kebajikan 1 & 2 :
Alhamdulillah....bersyukur kehadrat ilahi, atas keperihatinan sahabat-sahabat & kakak yang budiman amanah yang diberi selamat disempurnakan...Terimakasih...Jazakallah Khairan Khatira
De' Redang- 19 Apr 2014,
Selawat & salam keatas Nabi Muhammad SAW, Saya mendoakan Tuan -tuan & dan kakak- kakak yang budiman saya menndoakan semoga sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,...Dengan izin Allah saya di temukan dua info kebajikan berkaitan fakir yang uzur:...saya amat berharap usaha murni ini dapat dipermudahkan.....
INFO 1:
Semenjak bulan Jan 2014, sehingga sekarang abang Mat tidak dapat berkerja kerana menghidapi penyakit dalaman, doktor mengesahkan abang mat BENGKAK HATI, keadaan tubuh badanya uzur serta pucat, dengan keadaan yang uzur atas ujian Allah abang mat telah hampir 3 bulan tidak dapat bekerja,...
**************************************
INFO 2:
Abang Hamid berumur 48 Tahun, mempunyai seorang isteri dan lima orang anak yang masih belajar, isterinya membuat kerja menjual kerepek, Abang Hamid berasal dari Kg. Jalan Baru Selama Perak, Seorang fakir, uzur kerana kaki kananya tercucuk paku dan mempunyai penyakit kencing manis, akibat dari itu doktor membuat pembedahan setelah hampir setahun tidak bekerja, bagi perbelanjaan seharia keluarganya adalah tangungjawab isterinya..
RAYUAN SUMBANGAN...
Oleh yang sedemikian bagi Tuan-tuan sahabat-sahabat dan kakak -kakak yang budiman yang ingin membantu abang Mat dan Abang Hamid bagi meringankan membeli keperluan seharian serta kos berulang alik ke hospital
BOLEH MENGHUBUNGI SAYA
EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673
Jamalhassim.blogspot (De Redang)
Email : jamal.hassim@yahoo.com
Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh Allah Yang Maha Esa, Saya Jazzakallah Khairan Kathira