Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…
Assalamualaikum buat semua...Program Sinar harapan Menjelang Ramadzan dan Aidil fitri bagi tahun 1434H / 2013M amat berjaya dapat disempurnakan dengan baik dengan sokongan rakan-rakan seperjuangan dan sahabat-sahabat yang budiman...semoga kerja-kerja kebajikan dan kebaikan yang dilakukan diberkati dan dirahmati ilahi...Jazzakallah Khairan Khatira...
SEMPENA SYAWAL YANG MULIA INI SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1434H/2013M
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,
sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan program-program kebajikan dan di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
ke destinasi masing-masing dengan selamat. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada :
De'Redang
Jamaluddin Bin Hassim & Keluarga
No comments:
Post a Comment