"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, June 3, 2012

PROGRAM SINAR HARAPAN : BANTUAN SUMBANGAN RAMADZAN 2012/1433



De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan .....alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu pusat tahfiz, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang bulan ramadzan 1433 yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...
  Ya Rabbi kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...

MAJLIS TAHLIH ARWAH


26 May 2012 - Alhamdullilah, Majlis tahlil arwah allahyarham dan allahyararmah kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia telah selamat diadakan....

      Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dalam suratan kami dan suratan ibu bapa kami dan saudara mara para hadirin sekalian merata semuanya dengan pencucuran rahmat dan keredaan, masukkanlah kami dan juga mereka itu sekaliannya ke dalam keluasan syurga – Ya Allah, Tuhan yang memberi berkat, ya Allah, Tuhan yang yang mengurniakan rahmat, ya Allah, Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi – Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.

      Ya Allah wahai Tuhan kami, pindahkan mereka itu sekalian daripada kesempitan lubang kubur dan liang lahad pergi ke syurgaMu – syurga yang kekal abadi – pergi ke perlindungan naungan yang berpanjangan, air yang sentiasa mengalir, mendapat buah-buahan yang tiada bersukatan, lagi tidak terhenti dan tidak pula terlarang mendapatkannya, mendapat tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya bersama dengan orang-orang yang Tuhan kami telah kurniakan kepada mereka itu nikmat-nikmat iaitu daripada golongan nabi-nabi, orang-orang yang taat setia, orang-orang yang mati syahid, orang-orang yang saleh yang mereka itu ialah sebaik-baik kawan.

    Mohon limpah kurniaMu jua, ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Selawat dan salam Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala pujian itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

semoga semua roh arwah-arwah muslimin dan muslimat ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman....amin..