"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432 HIJRAH/2011



Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Salam sejahtera buat semua...

"SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1432/2011

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,

sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan program-program kebajikan dan....di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.

Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada :


De'Redang

Jamaluddin Bin Hassim & Keluarga



Program Sinar Harapan selepas ini adalah Ibadah

Qorban & aqiqah

yang akan diadakan sempena hari raya haji tahun ini pada 6 Nov 2011... maklumat akan masukkan dalam blog....pada pertengahan bulan Okt 2011


(anggaran kos satu bahagian RM350.00 - anggaran seekor lembu RM 2450.00, anggaran seekor kambing RM 700.00) termasuk kos mengurus bagi mengadakan kenduri tahlil), daging-daging Qurban dan aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan dibawah RM 600.00
serta mempunyai anak-anak yang ramai


Tolong sampaikan salam dan war-warkan kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan....


Thursday, August 4, 2011

PROGRAM SINAR HARAPAN: SUMBANGAN RAMADZAN & MENJELANG SYAWAL 2011



--> Alhamdulillah..Bershukur Kepada Ilahi Atas Sokongan Rakan-Rakan Seperjuangan Sahabat-Sahabat Dan Hamba - Hamba Yang Budiman Program Yang Dirangcang Bagi Sumbangan Menjelang Ramadazan Baru- Baru Ini Dapat Di Sempurnakan Dengan Baik Dan Lancar ....Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Yang Membantu Semoga Apa Yang Kita Lakukan Diberkati Ilah......

Bagi Meneruskan Program Sempena Menjelang Dan Menyambut Aidil Fitri Yang Mulia Ini Program Diteruskan Untuk Membantu Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak-Anak Yatim, Orang Kurang Upaya Serta Sahabat- Sahabat Yang Berpendapatan Dibawah RM 500.00 Yang Mempunyai Anak- Anak Yang Ramai Bagi Membantu Serta Merasai Kehidupan Yang Selesa Sempena Menjelang Hari Raya Aidil Fitri Yang Akan Menjelang Tidak Berapa Lama Lag
i...
Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..
Terus Ke Akaun Saya- May Bank: 158305195196 ..
BOLEH MENGHUBUNGI SAYA
EN.JAMALUDDIN BIN HASSIM 019-5414673 jamalhassim.blogspot
email : jamaluddinbinhassim@yahoo.com
&
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SAYA
kakak ELLY dari Eksekutifsuri - Sanggarsuri.blogspot 012-3614014 dan
kakak Siti Fadzilah dari Aljauhar.blogspot 019-2224474
-->
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud; "Setiap amal kebaikan itu adalah sedekah dan sesiapa yang menunjukkan kepada jalan kebaikan itu sama halnya dengan orang yang melakukannya (dalam nilai pahalanya). Allah suka sekali pada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada orang yang sedang dalam kesen
-->
PROGRAM NO.1 - SUMBANGAN BERAS & BERAS PULUT, KUEH RAYA DAN KEPERLUAN DAPUR BAGI 50 KELUARGA FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL, ANAK YATIM DAN KEPADA KELUARGA YANG BERPENDAPATAN DI BAWAH PARAS RM 500.00 SEBULAN YANG MEMPUNYAI RAMAI ANAK
KOS UNTUK SATU KELUARGA RM 70.00 X 50 = RM 3,500.00 SUMBANGAN AKAN DI AGIHKAN SEMINGGU SEBELUM MENJELANGNYA AIDILFITRI BAGI PERSEDIAAN MENYAMBUT LEBARAN...ALHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH PUN DI SEMPURNAKAN....

-->
PROGRAM NO.2 - SUMBANGAN KEPERLUAN KAIN TELEKONG, KAIN BATIK, KAIN PELIKAT SERTA BAJU KURUNG KEDAH, BAJU MELAYU KEPADA IBU TUNGGAL, ORANG-ORANG TUA YANG MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH, IBU TUNGGAL, ANAK YATIM, BAGI MENYAMBUT AIDIL FITRI 2011
ANGGARAN UNTUK 25 LELAKI & 25 PEREMPUAN
A. KAIN TELEKONG - RM 25.00 X 25 = RM 625.00 - ALHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH DITAJA....
B. KAIN BATIK &PELIKAT - RM 15.00 X 50 = RM 750.00
C. BAJU KURUNG KEDAH - RM 8.00 X 25 = RM 200.00
D. BAJU MELAYU - RM 25.00 X 25 = RM 625.00
E. KETAYAP - RM 8.00 X 25 = RM 200.00
***********************************************************
PROGRAM NO.3 - SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SEPERTI LAMPIN PAKAI BUANG, MAKANAN TAMBAHAN, SERTA KEPERLUAN YANG DIPERLUKAN UNTUK 15 ORANG KURANG UPAYA (OKU) TERPILIH.
KOS UNTUK SATU OKU RM 100.00 X 15 = RM 1,500.00 SUMBANGAN AKAN DI AGIHKAN SEMINGGU SEBELUM MENJELANGNYA AIDILFITRI BAGI PERSEDIAAN MENYAMBUT HARI LEBARAN.......ALHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH DISEMPUNAKAN....
***************************************************************************
PROGRAM 4 - SUMBANGAN KHAS KEPADA IBU TUNGGAL KAK JAH SEORANG ASNAF FAKIR MISKIN PERNAH DISIAR KAN DI BLOG INI MAKLUMAT PADA 7 FEB 2010 - KAMPUNG BUKIT KUBUR SIMPANG TIGA, KAK JAH YANG TINGGAL BERSAMA SEORANG ANAK GADIS YANG KURANG UPAYA (PEMIKIRAN) BERUMUR AWAL 30 AN DAN SEORANG CUCU BERUMUR 10 TAHUN YANG TINGGAL BERSAMA KAK JAH SEJAK KECIL ATAS PERMASALAHAN IBU BAPA.

ANGGARAN KOS: TERPULANGLAH KEPADA PENDERMA BERAPA NAK SAMPAIKAN...
ALHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH DISEMPUNAKAN....
**********************************************************************
PROGRAM NO.5 - SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA 100 PELAJAR ANAK-ANAK YATIM DARI SEKOLAH MENENGAH REDANG PANJANG, SUMBANGAN AKAN DISAMPAIKAN SEBELUM PELAJAR BERCUTI HARI RAYA AIDIL FITRI.
ANGGARAN KOS: SEORANG PELAJAR RM 10.00 X 50 ORANG = RM 500.00

...A
LHAMDULLILAH PROGRAM INI TELAH DISEMPUNAKAN....

AKTIVITI -AKTIVITI SINAR HARAPAN: SEPANJANG RAMADZAN & SYAWAL 1432/2011
INFO TERKINI AKAN DIKEMAS KINI DARI MASA KESEMASA