"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDIL FITRI 1432 HIJRAH/2011



Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Salam sejahtera buat semua...

"SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1432/2011

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,

sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang budiman yang membantu saya bagi mengadakan program-program kebajikan dan....di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.

Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Ada mata pandanglah keindahan
Ada mulut berbudilah pertuturan
Ada hati berilah kesayangan
Ada salah silap silalah maafkan

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada :


De'Redang

Jamaluddin Bin Hassim & Keluarga



Program Sinar Harapan selepas ini adalah Ibadah

Qorban & aqiqah

yang akan diadakan sempena hari raya haji tahun ini pada 6 Nov 2011... maklumat akan masukkan dalam blog....pada pertengahan bulan Okt 2011


(anggaran kos satu bahagian RM350.00 - anggaran seekor lembu RM 2450.00, anggaran seekor kambing RM 700.00) termasuk kos mengurus bagi mengadakan kenduri tahlil), daging-daging Qurban dan aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan dibawah RM 600.00
serta mempunyai anak-anak yang ramai


Tolong sampaikan salam dan war-warkan kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan....


1 comment:

  1. Salam raya.Minta maaf sebab paste gambar dr blog ni ke blog kakMunah.

    ReplyDelete