"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, February 4, 2011

SKM PPT

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

melalui program

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)




Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan bukti-bukti pencapaian terdahulu.

Objektif:


Mengiktirafkan keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia- SKM Tahap 1, 2 & 3, Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran malaysia).


Kaedah:

  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
  • Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat pendaftaran perniagaan (SSM), surat pengesahan majikan atau pun komuniti atau pun sijil-sijil dari jabatan/ejensi atau pun sebarang bukti bagi bidang kemahiran yang dimiliki.

Kelebihan SKM

  • Mendapat pengiktirafan dari JPK Kementerian Sumber manusia
  • SKM diperolehi dalam masa yang singkat (3 bulan selepas mendaftar)
  • Sebagai satu dokumen penting didalam Kemahiran untuk individu
  • Mendapat menyumbang kearah pembangunan kerjaya dan industri
  • Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  • Pembelajaran sepanjang hayat

Siapakah yang dimaksudkan calon SKM –PPT

Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu kemahiran berikut:

a. Pengalaman kerja

b. Pengalaman hidup

c. Pengalaman Vokasional

· SKM Tahap 1 - 6 bulan keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 2 - 1 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 3 - 2 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 4 - 3 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 5 - 5 Tahun keatas - RM 300.00

Bagi tahap 1, 2 & 3 boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas, bagi tahap 4 (DKM & tahap 5 (DLKM) boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas.

JANGAN BUAT SEBARANG BAYARAN kepada Pegawai Penilai (PP-PPT) yang datang menemui anda. Bila anda sudah yakin dan faham penerangan yang telah diberikan oleh Pegawai Penilai (PP-PPT) anda memenuhi semua syarat dan mampu mengumpulkan bahan bukti dan menjalankan aktiviti membangunkan fail portfolio , baru buat bayaran kepada

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

dalam bentuk Bank Deraf



HUBUNGI SAYA

PP-PPT
EN. JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP : 0195414673
EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Terutama Sektor : Perhotelan, Jahitan Pakaian Wanita / Lelaki & VTO




No comments:

Post a Comment