"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Monday, February 14, 2011

SALAM MALIDUR RASUL 2011




Hari ini 12 Rabiul Awal umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w diutus oleh Allah s.w.t bagi membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah. Sempena hari yang bersejarah ini saya dan keluarga menyampaikan salam Malidur Rasul buat semua pengunjung blog De’ Redang di seluruh dunia. Semoga hari ini dapat kita hayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita. Al-Fatihah.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (S.A.W). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih....


Friday, February 4, 2011

SKM PPT

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

melalui program

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)




Persijilan melalui PPT adalah merupakan satu kaedah penilaian terhadap calon untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan berdasarkan bukti-bukti pencapaian terdahulu.

Objektif:


Mengiktirafkan keterampilan yang sedia ada pada seseorang individu dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia- SKM Tahap 1, 2 & 3, Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) dan Tahap 5 (Diploma Lanjutan Kemahiran malaysia).


Kaedah:

  • Calon tidak perlu mengikuti latihan dan ujian khas.
  • Calon hanya perlu memberi bukti keterampilan dalam bentuk dokumen untuk dinilai seperti surat pendaftaran perniagaan (SSM), surat pengesahan majikan atau pun komuniti atau pun sijil-sijil dari jabatan/ejensi atau pun sebarang bukti bagi bidang kemahiran yang dimiliki.

Kelebihan SKM

  • Mendapat pengiktirafan dari JPK Kementerian Sumber manusia
  • SKM diperolehi dalam masa yang singkat (3 bulan selepas mendaftar)
  • Sebagai satu dokumen penting didalam Kemahiran untuk individu
  • Mendapat menyumbang kearah pembangunan kerjaya dan industri
  • Motivasi untuk meningkatkan kelayakan
  • Pembelajaran sepanjang hayat

Siapakah yang dimaksudkan calon SKM –PPT

Sesiapa sahaja yang mempunyai salah satu kemahiran berikut:

a. Pengalaman kerja

b. Pengalaman hidup

c. Pengalaman Vokasional

· SKM Tahap 1 - 6 bulan keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 2 - 1 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 3 - 2 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 4 - 3 Tahun keatas - RM 300.00

· SKM Tahap 5 - 5 Tahun keatas - RM 300.00

Bagi tahap 1, 2 & 3 boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas, bagi tahap 4 (DKM & tahap 5 (DLKM) boleh ambil serentak berpandukan bukti ketrampilan dan pengalaman seperti diatas.

JANGAN BUAT SEBARANG BAYARAN kepada Pegawai Penilai (PP-PPT) yang datang menemui anda. Bila anda sudah yakin dan faham penerangan yang telah diberikan oleh Pegawai Penilai (PP-PPT) anda memenuhi semua syarat dan mampu mengumpulkan bahan bukti dan menjalankan aktiviti membangunkan fail portfolio , baru buat bayaran kepada

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

dalam bentuk Bank Deraf



HUBUNGI SAYA

PP-PPT
EN. JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP : 0195414673
EMAIL : jamaluddinbinhassim@yahoo.com

Terutama Sektor : Perhotelan, Jahitan Pakaian Wanita / Lelaki & VTO