"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Monday, January 17, 2011

BACK TO SCHOOL & SUMBANGAN SUSU RAUDAH

BACK TO SCHOOL
ALHAMDULLILAH BERSHUKUR SAYA DAN SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN KEHADRAT ILAHI... KERANA SUMBANGAN BACK TO SCHOOL DITERUSKAN LAGI WALAU PUN MUSIM PERSEKOLAHAN TELAH BERMULA, MASIH ADA HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN MEMBERI SUMBANGAN....AGIHAN TELAH DISEMPURNAKAN PADA 15 JAN 2011 KEPADA ADIK-ADIK YANG IBUBAPANYA BERPENDAPATAN DIBAWAH RM 700.00....UCAPAN TERIMAKASIH KEPADA YANG BUDIMAN....
Ya Allah, bantulah kami supaya sentiasa mengingati-Mu dan sentiasa bersyukur kepada-Mu serta sempurna dalam melakukan ibadat kepada-Mu.....

***************************************

SUMBANGAN SUSU RAUDAH



Projek tabung susu Raudah di teruskan lagi atas usahasama Kakak Elly Eksekutifsuri dengan kerjasama sahabat2 diteruskan bagi mengumpul dana bagi membiayai kos pembelian susu untuk anak-anak kecil
fakir miskin setiap bulan.
Alhamdulillah proses penyerahan pada 16 & 17 Jan 2011..Ucapan penghargaan terimakasih kepada semua yang budiman serta yang memberi sumbangan...semoga apa yang kita lakukan diberkati ilahi.....



Carilah ilmu kerana perolehannya ialah serupa dengan bertakwa kepada Allah,mencarinya serupa dengan beribadah ,mempelajarinya serupa dengan bertasbih,menyelidikinya serupa dengan berjihad,mengajarnya kepada yang tidak tahu serupa dengan sedekah,memberitahu kepada mereka yang layak ialah beramal soleh.Juga ia adalah kawan kepada yang merasa keseorangan,sahabat semasa kesunyian ,petunjuk kepada agama,penghibur kepada kegembiraan dan kesedihan ,penolong kepada keseorangan ,saudara antara orang yang tidak dikenali dan lampu isyarat di jalan menuju syurga
(Riwayat Muaz bin Jabal)



No comments:

Post a Comment