"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Thursday, September 9, 2010

SALAM AIDIL FITRI 1431/2010



Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Salam sejahtera buat semua...Ucapan

"SELAMAT HARI RAYA... AIDIL FITRI" 1431/2010

MAAF ZAHIR DAN BATIN
ditujukan khas kepada semua kaum keluarga yang tersayang,

sahabat handai, rakan-rakan bloggers seperjuangan yang dihormati dan diingati serta semua yang mengenali diri saya
....di mana jua mereka berada.
Mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata mahupun perbuatan.

Kepada yang memandu....sentiasa berhati-hati di jalanraya,
semoga anda semua selamat sampai dan kembali
ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diredhai Allah SWT.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).

Anak ikan berenang di kali,
Cekal mengharung deras airnya;
Ramadan itu pergi tak kembali,
Syawwal hadir syukur ditanda.

Salam Aidil Fitri

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada :De'Redang

Jamaluddin Bin Hassim

&

Keluarga






Program selepas ini adalah Qorban & aqiqah yang akan diadakan sempena hari raya haji tahun ini pada 17 Nov 2010...nanti saya akan masukkan dalam blog....


No comments:

Post a Comment