"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Saturday, July 3, 2010

TERIMA SUMBANGAN BILIK AIR DAN TANDAS & SUMBANGAN KE IPT

Maklumat pada 27 Mac 2010

Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagianya.

Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya.

TANDAS SEBELUM

TANDAS SELEPAS DIBINA BARU

BILIK AIR SEBELUM

BILIK AIR SELEPAS DIBINA BARU

3 Jul 2010 - Atas keperihatinan kakak Ustazah Siti Fadzilah dan suami dari aljauhar.blogspot, serta sahabat- sahabat yang budiman sumbangan bilik air yang berukuran 8 x 8 kaki dan tandas dapat disediakan untuk abang Mohaman Hamidi serta keluarga seperti gambar yang disertakan.

Sumbangan ke IPT dilakukan pada 25 Jun 2010

Ucapan terimakasih kepada kakak Elly dari Eksekutifsuri , sahabat-sahabat yang dermawan, kerana dapat memberi sumbangan sebanyak RM 500.00 kepada anak abang Mohaman Hamidi , adik Narima, akan ke UUM SINTOK JITRA KEDAH BAGI JURUSAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN.

Saya, mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa.

“Barangsiapa yang meminta ke atas kamu di atas nama Allah dengan jalan syarak maka hendaklah kamu memberi dan barang siapa buat kerja kebajikan untuk kamu maka berikan ganjaran dan sekiranya tiada benda diberi maka cukuplah dengan pujian.”




No comments:

Post a Comment