"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Tuesday, March 16, 2010

MISI SINAR HARAPAN







Makluman dari..Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com

Misi Sinar Harapan:Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita

Assalamualaikum

Pertamanya, syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha kami untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kami tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.

Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua. Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya.

Dengan ini kami akan teruskan perjuangan kami dengan menamakan misi kami sebagai "MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita". Kumpulan kami terdiri drp segolongan sahabat yang disatukan melalui rangkaian maya-blog, laman sosial dan beberapa egroups serta orang perseorangan.
Pengantara : Eksekutifsuri.com dengan kerjasama Al-Jauhar & d'Redang.

Kami tidak terikat dengan mana2 fahaman politik, persatuan dan mana2 badan atau syarikat yang berkepentingan. Mengutamakan keikhlasan tanpa membebankan sukarelawan dan sedaya upaya meminimakan kerenah birokrasi dalam urusan mengagihkan sumbangan. Kami mengamalkan konsep turun padang-menyelidik dan melihat sendiri penderitaan mereka sambil mengumpul maklumat daripada komuniti terdekat dengan mereka.


Ikutilah kisah2 kehidupan golongan yang telah sahabat2 bantu untuk tunaikan harapan mereka melalui pengantara Eksekutifsuri yang kehidupan mereka kini semakin ceria dan selesa - di Blog:

Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com
De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/
Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/


MISI SINAR HARAPAN
dalam perancangan kami untuk masa terdekat:

1. Membaiki rumah ibu tunggal fakir miskin (warga tua) di Lenggong Perak untuk memudahkan pergerakannya ke dapur & tandas(masih menunggu maklumat lengkap) 2. Bantuan Basikal utk kanak-kanak miskin yang sekarang ini berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah (daerah Batu Kurau) 3. Bantuan utk pelajar miskin yang cemerlang utk membuat persiapan ke Universiti/Kolej (maklumat sedang dikumpulkan-sekiranya sahabat2 ada mengenali golongan ini harap dapat salurkan maklumat kepada kami)

Sekiranya sahabat2 ingin turut serta berkongsi rezeki & harapkan pahala drp Allah, bolehlah sertai kami. Sekiranya ada maklumat tentang golongan yang memerlukan bolehlah hubungi kami:

eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014
jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my 019-5414673

Semoga Allah Mempermudahkan Usaha kita...amin..

Wassalam




1 comment:

  1. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW.
    Semoga usaha,perjuangan dan keperihatinan saudara dan saudari mendapat rahmat dari Allah.
    Saya doakan semoga segala urusan saudara dan saudari dipermudahkan olehNya.

    ReplyDelete