"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, March 26, 2010

SUMBANGAN DAN BANTUAN KEMISKINAN (PROGRAM SINAR HARAPAN)


27 MAC 2009 - Sabtu


Maklumat


Tepi Parit Tali Air, Kampung Redang Panjang Luar Ijok, Batu Kurau, Taiping Perak. Tinggal satu keluarga yang ramai iaitu Abang Mohaman Hamidi (dikenali di kampong sebagai Abang Tan) berumur 48 tahun bersama Isteri Kakak Norma Bt Shaari 41 tahun, tinggal bersama Sembilan orang anak, yang sulung Narima 20 th, Mohd Jefri 19 th, Rozani 15 th, Mohd Adam 13 th, Rozana 12 th, Rozeti 9 th, Mohd Amin 7 th, Mohd Shah 5 th dan Mohd Fauzi 2 th, telah menetap di rumah kecil berukuran anggaran 15 kaki X 15 kaki hampir 16 tahun diatas tanah pusaka yang ramai bahagianya.


Abang Mohaman Hamidi bekerja kampong dengan pendapatan tidak menentu dianggarkan RM 700.00 sebulan, isterinya kakak Norma tidak bekerja kerana menjaga anak yang ramai.

Seorang anaknya Mohd Jefri 19 th, sedang belajar di maktab perguruan, seorang lagi anak perempuanya Narima Bt Mohaman Hamidi Mykad 901018-08-5304 sedang menunggu tawaran dari IPT, keputusan STPM 2009 ialah 3.25, di Sekolah Menengah Dato Haji Hussein Selama Perak , Yang lain anaknya bersekolah seperti biasa.


Dengan keluarga yang ramai abang Mohaman Hamidi tidak mampu menyediakan rumah yang sesuai dari segi bilik, bilik mandi serta tandas, wang pendapatannya hanya untuk membeli makanan seharian dan perbelanjaan sekolah anak nya. Beliau pernah memohon dari pihak yang berwajib tetapi tidak ada apa-apa jawapan dan tiada yang membantu.


Rayuan Sumbangan…


Sekiranya ada insan yang ingin membantu dari segi keperluan barang makanan atau pun kemudahan asas bagi membina bilik, bilik air dan tandas atau pun yang ingin membantu anaknya yang akan memasuki menara gading IPT, boleh lah menghubungi saya Jamaluddin Hassim melalui talian 019-5414673

jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my

jamalhassim.blogspot


Semoga apa yang kita lakukan ini dirahmati ilahi…


RUMAH DIBAHAGIAN DAPUR

RUMAH DIBINA MENGUNAKAN KAYU BULAT AMBIL DARI HUTAN YANG BERHAMPIRAN


BILIK MANDI

Tandas yang di tutupi dengan kanvas usang

Tandas yang mampu disediakan

Sumbangan permulaan dari kakak Ros (Ummiku Sayang)

Sumbangan barang makanan


Tuesday, March 16, 2010

MISI SINAR HARAPAN







Makluman dari..Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com

Misi Sinar Harapan:Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita

Assalamualaikum

Pertamanya, syukur pada Allah swt kerana mempermudahkan usaha kami untuk menunaikan amanah ini. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan sahabat2 dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kami tersangat gembira sehingga menitiskan air mata setiap kali melihat sumbangan sahabat2 membawa sinar kepada mereka.

Jutaan terima kasih atas sokongan berterusan sahabat2 semua. Tekadkan dalam hati agar kita istiqamah dan ikhlas, semoga dapat kita kongsi rezeki dan keselesaan hidup kita bersama mereka. Tiada apa yang diharapkan selain KEBERKATAN dan KEREDAAN-Nya.

Dengan ini kami akan teruskan perjuangan kami dengan menamakan misi kami sebagai "MISI SINAR HARAPAN: Tunaikan Harapan Mereka, Harapkan Keberkatan untuk Kita". Kumpulan kami terdiri drp segolongan sahabat yang disatukan melalui rangkaian maya-blog, laman sosial dan beberapa egroups serta orang perseorangan.
Pengantara : Eksekutifsuri.com dengan kerjasama Al-Jauhar & d'Redang.

Kami tidak terikat dengan mana2 fahaman politik, persatuan dan mana2 badan atau syarikat yang berkepentingan. Mengutamakan keikhlasan tanpa membebankan sukarelawan dan sedaya upaya meminimakan kerenah birokrasi dalam urusan mengagihkan sumbangan. Kami mengamalkan konsep turun padang-menyelidik dan melihat sendiri penderitaan mereka sambil mengumpul maklumat daripada komuniti terdekat dengan mereka.


Ikutilah kisah2 kehidupan golongan yang telah sahabat2 bantu untuk tunaikan harapan mereka melalui pengantara Eksekutifsuri yang kehidupan mereka kini semakin ceria dan selesa - di Blog:

Sanggar Suri www.eksekutifsuri.com
De'Redang http://jamalhassim.blogspot.com/
Al-Jauhar http://www.aljauhar2.blogspot.com/


MISI SINAR HARAPAN
dalam perancangan kami untuk masa terdekat:

1. Membaiki rumah ibu tunggal fakir miskin (warga tua) di Lenggong Perak untuk memudahkan pergerakannya ke dapur & tandas(masih menunggu maklumat lengkap) 2. Bantuan Basikal utk kanak-kanak miskin yang sekarang ini berjalan kaki berbatu-batu untuk ke sekolah (daerah Batu Kurau) 3. Bantuan utk pelajar miskin yang cemerlang utk membuat persiapan ke Universiti/Kolej (maklumat sedang dikumpulkan-sekiranya sahabat2 ada mengenali golongan ini harap dapat salurkan maklumat kepada kami)

Sekiranya sahabat2 ingin turut serta berkongsi rezeki & harapkan pahala drp Allah, bolehlah sertai kami. Sekiranya ada maklumat tentang golongan yang memerlukan bolehlah hubungi kami:

eksekutifsuri@yahoo.com.my 012-3614014
jamaluddinbinhassim@yahoo.com.my 019-5414673

Semoga Allah Mempermudahkan Usaha kita...amin..

Wassalam




Tuesday, March 9, 2010

PAKSU ROSMAN (OKU ) TERLANTAR TERIMA SUMBANGAN STREACHER /TROLI BERODA

STRECHER/TROLI BERODA KHAS DISERAH KEPADA IBU PAKSU ROSMAN

STREACHER/TROLI BERODA DITEMPAH KHAS DARI EN. KHAIRUL (JAAS IRON WORKS KAMUNTING)


PAKSU ROSMAN & IBUNYA

IBU PAKSU ROSMAN

9 MAC 2010- ALHAMDULLILAH LEBIH KURANG 2 HARI KISAH PAKSU ROSMAN (OKU TELANTAR)DIPAPARKAN, ATAS KEPERIHATINAN HAMBA ALLAH YANG BUDIMAN DAN DENGAN KERJASAMA YANG DIBERI OLEH KAKAK ELLY DAN SUAMI DARI EKSEKUTIF SURI.COM, SUMBANGAN BERUPA SEBUAH STREACHER/TROLI BERODA KHAS DAPAT DITEMPAH KHAS DENGAN KOS YANG BERPATUTAN DARI EN. KHAIRUL (JAAS IRON WORKS) KAMUNTING TAIPING PERAK.

IBU PAKSU ROSMAN AMAT GEMBIRA DAN AMAT BERSHUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA ADA INSAN YANG SUDI MEMBANTU MEMBERI SUMBANGAN BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MEMBAWA PAKSU ROSMAN KE BILIK AIR...

DIUCAPKAN TERIMAKASIH KEPADA
HAMBA ALLAH YANG MEMBERI SUMBANGAN
......
SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN MEMBANTU INSAN YANG MEMERLUKAN DIRAHMATI......

Saturday, March 6, 2010

SUMBANGAN UNTUK PAKSU ROSMAN (OKU TERLANTAR)



7 MAC 2010 - KG. REDANG PANJANG, SEMASA MENZIARAHI SEORANG SAHABAT PAKSU ROSMAN YANG TERLANTAR SEMENJAK 32 TAHUN DILAHIRKAN, YANG TINGGAL DENGAN SEORANG IBU YANG BERUMUR 73 TAHUN HIDUP DALAM SERBA KEKURANGAN DAN KEMISKINAN SERTA SEORANG ABANG YANG BEKERJA KAMPUNG, INGIN MEMBUAT RAYUAN KEPADA SAHABAT- SAHABAT YANG BUDIMAN UNTUK MEMBERI SUMBANGAN TERUTAMA UNTUK MEMBELI SEBUAH TROLI KHAS BERODA ( STRECHER) BAGI MEMUDAHKAN IBU YANG BERUMUR 73 TAHUN UNTUK MEMBAWA PAKSU ROSMAN KE BILIK AIR YANG JARAKNYA LEBIH KURANG 10 METER DARI TEMPAT TIDURNYA KEBILIK AIR , BUAT MASA KINI UNTUK KE BILIK AIR IBUNYA DAN ABANG NYA MENGANKAT PAKSU ROSMAN, BAGI MERINGANKAN DAN KEMUDAHAN KEPADA PAKSU ROSMAN DAN IBUNYA BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI TALIAN 019-5414673.....SEMOGA APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK INSAN YANG MEMERLUKAN DIBERKATI ILAHI.....

PAKSU ROSMAN 32 TH (OKU TERLANTAR) BERSAMA IBUNYA 73 TH

PAKSU ROSMAN YANG TELANATAR SEJAK LAHIR 32TAHUN YANG LALU

Friday, March 5, 2010

KAK JAH MENERIMA SUMBANGAN PERALATAN RUMAH

RUMAH KAK JAH SEBELUM DI PERBAIKI

RUMAH KAK JAH SELEPAS DIPERBAIKI UNTUK KESELESAAN

KAK JAH DI HADAPAN DAPUR RUMAH

RUMAH DAPUR, BILIK AIR DAN TANDAS KAK JAH YANG TELAH DI SELENGGARAKAN...ALHAMDULLILAH KAK JAH AMAT BERSYUKUR ADA ORANG YANG PRIHATIN UNTUK MEMBANTUNYA

TIKAR GETAH BARU

KOLAH AIR BARU

TILAM DAN RAK PINGGAN


MENYERAHKAN BAKI WANG SETELAH KEPERLUAN DIBERI

KAK JAH DI HADAPAN SEBAHAGIAN BARANG YANG TELAH DIBERI

KAK JAH MENERIMA SUMBANGAN

SUKARELAWAN MEMILIH BARANG DIKEDAI UNTUK KAK JAH


6 MAC 2010- KG. SIMPANG BUKIT KUBUR REDANG PANJANG, KAK JAH SEORANG FAKIR MISKIN MENERIMA SUMBANGAN BERUPA, PENYELENGGARAAN LANTAI DAPUR RUMAH SERTA BILIK MANDI, TANDAS SERTA PERALATAN KEPERLUAN ASAS SEPERTI TIKAR GETAH, TILAM, PERIUK LETRIK, KIPAS ANGIN, RAK PINGGAN MANGKUK, PERALATAN KERLUAN MEMASAK, KOLAH MANDI DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN ASAS UNTUK KEPERLUAN KAK JAH ....ALHAMDULLILAH..BAKI WANG SUMBANGAN DISERAHKAN KEPADA KAK JAH UNTU KEPERLUAN HARIAN SAYA BAGI PIHAK KAK JAH....MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA:

Eksekutifsuri.Blogspot (Puan Norlaili Bin Talib Serta Suami) Ummikusayang Charity Team (Kak Ros), Aljauhar2.Blogspot (Puan Siti Fadzilah Binti Abdul Manap Serta Suami) Serta Penderma – Penderma


Mudah-mudahan apa yang kita lakukan untuk kerja sukarelawan ini, kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah s.w.t.......wassallam....

Sekian Terima Kasih. Wassallam.