10 JAN 2010 - SATU PROGRAM KELUARGA IAITU MEMBUAT BUBUR ASYURA SECARA GOTONG ROYONG TELAH DIADAKAN DI RUMAH PAKSU TA DI KG. REDANG PANJANG, IJOK BATU KURAU PERAK, DISAMPING ITU MAKAN TENGAHARI DENGAN MASAKAN ALA KAMPUNG MENU UTAMA IKAN KELI BAKAR BERSAMA AIR BELACAN...
10 Muharram atau disebut hari asyura biasanya masyarakat kita bersama-sama memasak bubur asyura. Mungkin ia telah menjadi adat masyarakat melayu Islam memasak bubur asyura yang mana merujuk kepada peristiwa Nabi Nuh a.s berlabuh di bukit Juudi pada 10 Muharram.
Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."
Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Apa yang dikatakan adat, boleh juga menjadi suatu ibadat andainya acara memasak beramai-ramai dapat mengeratkan silaturrahim terutama mengeratkan keluarga dan jiran sekampung, di sebalik acara ini. Ia boleh menjadi satu penghayatan buat ummat muda masa kini yang rata-rata langsung tidak berminat dengan sirah Nabi-nabi di zaman dahulu......

No comments:
Post a Comment