"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Friday, December 25, 2009

PROGRAM QURBAN 2009/ 1430H

PROGRAM IBADAH QURBAN
27 NOV 2009 / 1430H


DI
KAMPUNG REDANG PANJANG LUAR
BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK

Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Program Ibadah Qurban telah dijalankan pada 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430. Sebanyak 3 ekor telah dikorbankan. Program ini dijalankan secara gotong royong oleh penduduk – penduduk Kampung Redang Panjang, Luar, Batu Kurau 34510 Taiping Perak.

Penduduk - penduduk Kampung Redang Panjang Luar mengucap jutaan terimakasih atas sumbangan wang untuk ibadah qurban bagi tahun ini 2009 (1430) terutama kepada:

PUAN SITI FADZILAH BINTI ABDUL MANAP & SUAMI
PENGERUSI SURAU AL HAKIM SUBANG BESTARI SHAH ALAM SELANGOR
USZ . AHMAD TAJUDDIN BIN ARSHAD - TALANG KUALA KANGSAR PERAK


penduduk kampung berasa amat terharu atas sumbangan ini kerana julung kali diadakan dan disumbangkan oleh orang yang prihatin terhadap penduduk kampung, untuk makluman pihak puan dan tuan sebelum ini belum ada orang yang memberi sumbangan seperti ini sebanyak 3 ekor lembu, justeru pihak kami mengharapkan sumbangan berterusan daripada pihak-pihak yang berkenaan untuk terus menggerakkan program ibadah qurban atau pun insaniah dan ilmiah.
Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah

No comments:

Post a Comment