"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak
Thursday, December 31, 2009
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS TAHAP 1
PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL DI KOLEKSI EZZANY KAMUNTING TAIPING
31 Dis 2009 – Sebagai Pakar Perunding Sistem Latihan Dual Nasional JPK,(DSE), dijemput untuk menyampaikan sijil pembuat pakaian wanita dari Syarikat Koleksi Ezzany, seramai 12 prantis telah tamat kursus Tahap 1 Pembuat Pakaian Wanita bagi Program SLDN yang mana prantis telah lulus dan layak untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, buat masa kini prantis dianugerahkan sijil dari Koleksi Ezzany sahaja kerana Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 didalam proses permohonan kepada pihak JPK.
Friday, December 25, 2009
PROGRAM BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN
SESI 2010
SUMBANGAN DARI PENDERMA –
MELALUI PENGANTARA PENGUMPUL DANA
PADA 27 DIS 2009 / 10 MUHARAM 1431H
HARI AHAD
JAM : 9.00 PAGI
BERTEMPAT : RUMAH ENCIK SAFUAN & CIKGU NORIZAN
KAMPUNG TEMELONG LENGGONG PERAK
&
JAM : 2.00 PETANG
BERTEMPAT : DE’ REDANG
LOT 6540 KAMPUNG TERSUSUN REDANG PANJANG, BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK
PER: UCAPAN PENGHARGAAN TERIMAKASIH ATAS SUMBANGAN UNTUK PROGRAM PAKAIAN PERSEKOLAHAN SESI 2010
BISMILLAHIRRAHMANIRAHHIM...ASSALAMUALAIKUM
Tuan/Puan, Asalamualaikum...
Dengan hormatnya merujuk perkara diatas,
1. Terlebih saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1431 dan akan menyambut tahun baru 2010, berhubung dengan perkara diatas saya bagi pihak seluruh penduduk - penduduk Ladang Stoughton, Kampung Tersusun Redang Panjang serta Penduduk-penduduk Kampung Temelong Lenggong Perak mengucap jutaan terimakasih atas sumbangan untuk bantuan pakaian serta peralatan persekolahan dan juga makanan/roti semasa program belangsung pada 27 Dis 2009 diKampung Tersusun Redang Panjang Batu Kurau dan di Kampung Temelong Lenggong Perak.
2. Sehubungan dengan itu saya sebagai penyelaras program serta penduduk- penduduk dari kedua-dua kampung berasa amat terharu atas sumbangan ini kerana julung kali diadakan dan disumbangkan oleh orang yang prihatin terhadap penduduk kampung bagi menampung dan meringankan beban ibubapa yang kemiskin dan kurang berkemampuan.
3. Saya dan bagi pihak penduduk di kedua-dua kampung mendoakan apa yang kita lakukan ini diberkati oleh Allah yang maha esa.
Sekian Terima Kasih. Wassallam.
PENYELARAS PROGRAM
EN. JAMALUDDIN BIN HASSIM
TEL : 019-5414673
PROGRAM QURBAN 2009/ 1430H
27 NOV 2009 / 1430H
DI
KAMPUNG REDANG PANJANG LUAR
BATU KURAU 34510 TAIPING PERAK
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Program Ibadah Qurban telah dijalankan pada 27 Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430. Sebanyak 3 ekor telah dikorbankan. Program ini dijalankan secara gotong royong oleh penduduk – penduduk Kampung Redang Panjang, Luar, Batu Kurau 34510 Taiping Perak.
Penduduk - penduduk Kampung Redang Panjang Luar mengucap jutaan terimakasih atas sumbangan wang untuk ibadah qurban bagi tahun ini 2009 (1430) terutama kepada:
PUAN SITI FADZILAH BINTI ABDUL MANAP & SUAMI
PENGERUSI SURAU AL HAKIM SUBANG BESTARI SHAH ALAM SELANGOR
USZ . AHMAD TAJUDDIN BIN ARSHAD - TALANG KUALA KANGSAR PERAK
penduduk kampung berasa amat terharu atas sumbangan ini kerana julung kali diadakan dan disumbangkan oleh orang yang prihatin terhadap penduduk kampung, untuk makluman pihak puan dan tuan sebelum ini belum ada orang yang memberi sumbangan seperti ini sebanyak 3 ekor lembu, justeru pihak kami mengharapkan sumbangan berterusan daripada pihak-pihak yang berkenaan untuk terus menggerakkan program ibadah qurban atau pun insaniah dan ilmiah.
Mudah-mudahan kita semua diberi rahmat dan keampunan daripada Allah