"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, April 15, 2018

PROGRAM MENJELANG RAMADZAN & SYAWAL 1439H/ 2018M BANTUAN SUMBANGAN KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN



           De redang dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan .....alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang menjelang Ramadzan 1439H/ 2018M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan..Boleh hubungi saya melalui talian

JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673

SYIAR RAMADZAN 1439H YANG DI RANCANG

PROGRAM 1 – Menbantu menyediakan juadah berbuka puasa 200  Bungkus Bubur Lambuk, diagihkan kepada kariah kampung selepas solat asar di masjid setiap hari dan membeli keperluan seperti , beras, gas memasak, bahan mentah kering & basah setiap hari bermula 1 Ramadzan sehingga 30 Ramadzan disepanjang bulan Ramadzan.  Bubur lambuk disediakan oleh saudara & sukarelawan.



Anggaran Kos :           RM 100.00 Sehari x 30 Hari Puasa     

                                      Jumlah            =          RM 3,000.00



PROGRAM 2 – Menjelang 1 Ramadzan Menganjurkan Majlis Tahlil Arwah Kepada Allahyarham Muslimin Dan Allahyarharmah Muslimat, Bagi Menyambut Ramadzan Al-Mubarak Semoga Roh-Roh Ditempatkan Digolongan Orang-Orang Yang Beriman….Anggaran Kos RM 7.00  X 100 Tetamu Berjumlah RM 700.00

PROGRAM 3 – Menjelang Ramadzan Memberi Sumbangan Buah Kurma Kepada 100 penduduk kampung, Keluaraga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tuggal, Oku, Orang yang berpendapatan rendah bawah RM 700 Anggaran Kos 1 Kotak Kurma RM 10.00 X 100 Kotak Buah Kurma

Berjumlah RM 1,000.00

PROGRAM NO.4 – Di Awal Ramadzan Sumbangan Beras Dan Keperluan Dapur Bagi 100 Keluarga Fakir Miskin, Keluarga Berpendapatan Rendah, Anak Yatim Dan Juga Oku.
SENARAI KEPERLUAN MAKANAN YANG PERLU DISAMPAIKAN

BIL
SENARAI BARANG
KUANTITI
1.
BERAS 10 KG
2 BEG
2.
GULA PASIR
5 KG
3.
TEPUNG GAMDUM
5 KG
4.
SERBOK KOPI
2 PEKET
5.
SERBOK TEH
2 PEKET
6.
SUSU PEKAT
3 TIN
7.
MINYAK MASAK
1 BOTOL
8.
KORDIAL OREN/SIRAP
1 BOTOL
9.
BUAH KURMA
1 PEKET
8.
IKAN SARDIN
5 TIN KECIL
10.
BISKUT
1 PEKET
11.
KICAP
1 BOTOL
12.
CILI SOS
1 BOTOL
13.
SABUN BASUH
1 PEKET















Anggaran Kos RM 100.00 X 50 Keluarga  = RM5,000.00

PROGRAM 5 – Membantu Menyampaikan Beras Fidyah Mengantikan Puasa Yang Tertinggal Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim  Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  Yang Ingin Menyampaikan.

PROGRAM 6 - Sumbangan duit raya untuk membeli sepasang pakaian hari raya kepada anak-anak , bagi keluarga yang berpendapatan rendah serta miskin
Anggaran Kos:  Anggaran Kos RM 100.00 X 50 anak-anak  = RM 5,000.00


Ya Allah kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang
Apakah yang lebih kaya daripada laut ?

Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.



Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...ISYAALLAH...