"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Monday, September 4, 2017

ALHAMDULLILAH QUBAN & AQIQAH 2017 TELAH DISEMPURNAKAN

De' Redang 1 Sep 2017M bersamaan 10 Zulhijah 1438H, Program bermulaselepas solat Jumaat  jam 3.00 petang, selesai sahaja akad dengan penyembelih dan ternakan di sembelih hujan turun dengan selebatnya...Alhamdullilah dengan izin yang maha Esa Ibadah Qurban & Aqiqah telah selamat disempurnakan, Atas usaha Qariah kampung serta sukarelawan yang ikhlas membantu kerja kerja ibadah qurban & aqiqah sebanyak 6 ekor lembu telah selamat di sempurnakan...syukur kepada mu ya Allah...Terima kasih juga kepada semua peserta ibadah dan hamba Allah yang budiman..


 Tadbir Raya & Doa Selamat



 Pelan Agihan Kerja & Nama Peserta

 Akad Wakil Peserta 



 


















Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Monday, July 3, 2017

PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH SIRI 9/2017M 1438H DE’ REDANG



PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH SIRI 9/2017M 1438H 
DE’ REDANG 

TUAN-PUAN SERTA SAHABAT YG BUDIMAN, PROGRAM QURBAN & AQIQAH 

             SIRI 9/2017M/1438H AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA HAJI INI 

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG:

Satu PANGGU/ Bahagian RM 600.00 

 Seekor kambing RM 850.00 - Seekor Kambing 1 bahagian


 BUAT MASA KINI BINATANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

PERLU DIBUAT TEMPAHAN AWAL ....

 sms & wsp- 019-5414673

FB : https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

Emai:  jamal.hassim@yahoo.com


INFO LENGKAP LAYARI: jamalhassim.blogspot.com


Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini 
Terus Ke Akaun Saya May Bank: 158305195196
 JAMALUDDIN BIN HASSIM  
Sms & wsp- 019-5414673




 
Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta mempunyai anak-anak yang ramai kepada penduduk-penduduk  dan dihantar terus ke rumah.  Majlis kenduri tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Qurban & Aqiqah..
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”...(at-Tirmidzi dan Ibnu Maja



Saturday, May 27, 2017

PROGRAM SEPANJANG RAMADZAN & MENJELANG SYAWAL

De' Redang, Menjelang Aidil Fitri 2017



 Alhamdullilah, Syukur kepadamu ya Allah...
De' Redang 24 Jun 2017 menjelang Aidil fitri, seramai 52 fakir dapat di santuni...barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula , beras pulut kopi teh serta seekor ayam fresh & sekilo daging kerbau fresh dapat disumbang kan kepada 52 keluarga fakir yang terdiri dari Ibu tunggal, OKU, berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak yang ramai 
serta warga emas fakir...
Alhamdullilah....Syukur.....Semua amanah tuan puan serta rakan sahabat yang tuan memberi sumbangan telah saya sempurnakan bagi menjelang menjelang aidil fitri....saya berasa sungguh terharu atas kepercayaan yang diberikan , sedih...gembira untuk sama sama mencari saham akhirat.....



****************************************************************************



Program diteruskan sempena Ramadzan & Syawal 1438H/ 2017M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...




Ya Allah Ya Tuhan kami.....Ampunlah dosa kedua ibu bapa kami, dosa -dosa kami , Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang lagi Maha Esa..permudahkanlah urusan kami utuk membantu insan insan yang memerlukan bagi kami mencari sedikit saham akhirat untuk kami sedeqahkan kepada ayah ibu kami...amin ya rabbal alamin...

Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama 
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan

WSP: 019-5414673
&
FB:   https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

1.      DI SEPANJANG BULAN RAMADZAN & MENJELANG RAMDAZAN SUMBANGAN BERAS DAN KEPERLUAN DAPUR BAGI 100 KELUARGA FAKIR MISKIN, KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH BAWAH RM 700.00 YG MEPUNYAI TANGUNGAN YANG RAMAI, ANAK YATIM, IBU TUNGGAL DAN JUGA OKU. 


2.     MENJELANG SYAWAL MEMBANTU IBU TUNGGAL & ANAK YATIM ORANG TUA-TUA MEMBERI SUMBANGAN TELEKONG, KAIN PELIKAT,  KAIN BATIK UNTUK 50 ORANG.

  
3.     MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DUIT RAYA RM 50.00  X  60 KEPADA PELAJAR, ANAK YATIM & ANAK ORANG MISKIN & SUSAH.


4.  MENYAMPAIKAN BAJU RAYA KEPADA 5 KELUARGA MISKIN YANG DIPILIH ANGGARAN 1 KELUARGA RM 300

Ya Rabbi kami.....beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..yaallah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.


Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan berakah atas apa yang masih ada di tanganmu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.....

Tuesday, April 25, 2017

SINAR HARAPAN RAMADZAN & SYAWAL 1438H/2017M

UP-DATE 2 RAMADZAN 1438H/ 28 MAY 2017

Alhamdullilah program yang dirancang menjelang ramadzan telah selamat disempurnakan, terimakasih kepada semua penyumbang serta sukarelawan yang budiman

 Program Menjelang Ramadzan 2017


  


    
  
Sumbangan keperluan dapur kepada 40 keluarga





 Sumbang peruntukan bubur lambuk sepanjang ramadzan 2017

 Sumbangan kepada pusat tahfiz untuk majlis tahlil arwah serta berbuka sepanjang bulan puasa 2017

 "Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang & sukarelawan

SEMOGA TAHUN 2015 AMAL JARIAH DAPAT DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN....
.....ISYALLAH....



*************************************************************************************************************


MENJELANG RAMADZAN & SYAWAL 1438H/ 2017M
BANTUAN SUMBANGAN KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN


De redang dan kakak-kakak dan rakan-rakan seperjuangan meneruskan kerja-kerja kebajikan .....alhamdullilah program kebajikan akan diteruskan lagi untuk membantu pusat Pengajian Agama, fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim piatu & yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua yang uzur dan miskin, mualaf serta keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai anak-anak yang ramai bagi membantu serta merasai kehidupan yang selesa sempena menjelang bulan menjelang Ramadzan & Syawal 1438H/ 2017M  yang mulia tidak berapa lama lagi...kepada sahabat -sahabat yang ingin sama-sama menyertai program ini amat dialu-alukan...

 


Ya Allah Ya Tuhan kami.....Ampunlah dosa kedua ibu bapa kami, dosa -dosa kami , Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyantun lagi Maha Penyayang lagi Maha Esa..permudahkanlah urusan kami utuk membantu insan insan yang memerlukan bagi kami mencari sedikit saham akhirat untuk kami sedeqahkan kepada ayah ibu kami...amin ya rabbal alamin...

Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama 
Menyertai Program Ini Serta Memberi Sumbangan

WSP: 019-5414673
&
&
FB:   https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Semoga Kerja Kebaikan Yang Lakukan Diberkati Dan Dirahmati Ilahi .....Amin...

PROGRAM AMAL YANG DIRANCANG (UP DATE DARI MASA KE SEMASA)


PROGRAM 1 – Menjelang 1 Ramadzan Menganjurkan Majlis Tazkirah Ramadzan & Tahlil Arwah Kepada Allahyarham Muslimin Dan Allahyarharmah Muslimat , Bagi Menyambut Ramadzan Al-Mubarak Semoga Roh-Roh Ditempatkan Digolongan Orang-Orang Yang Beriman….Anggaran Kos RM 10.00  X 100 Tetamu Berjumlah RM 1,000.00

PROGRAM 2 – Menjelang Ramadzan Memberi Sumbangan Buah Kurma Kepada 150 Keluaraga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tuggal, Oku, Orang yang berpendapatan rendah bawah RM 700 Anggaran Kos 1 Kotak Kurma RM 10.00 X 500 Kotak Buah Kurma
Berjumlah RM 5,000.00

PROGRAM 3 – Membantu Menyampaikan Beras Fidyah Mengantikan Puasa Yang Tertinggal Kepada Keluarga Miskin Yang Berpendapatan Rendah, Ibu Tunggal, Oku Dan Anak Yatim     Anggaran Kos: Mengikut Kehendak Sahabat-Sahabat  

PROGRAM 4 - Menganjurkan Sehari Atau Lebih Majlis Berbuka Puasa, Kenduri Tahlil & More Untuk Orang Tua-Tua, Tok Nenek Mengaji Pondok Dan Pelajar Agama Seramai 100 Orang Di Sekolah Agama Terpilih ( Diadakan Juga Kenduri Tahlil & Arwah -Sebelum Waktu Berbuka Bermula Jam 6.30 Petang Setiap Hari) Anggaran Kos Rm 6.00 X 100 Orang = Rm 600.00 Semalam…
Anggaran Kos 1 Orang X Rm 6.00 = Rm 600.00 Untuk Sehari, Terpulang Kepada Para Sahabat Yang Ingin Menyertai, Kekosongan Diawal Ramadazan Masih Ada..

PROGRAM 5 - Memberi Sumbangan 15 Kampit Beras Dan Membeli keperluan bahan mentah berjumlah RM700.00 setiap hari sepanjang bulan Ramadzan Bagi Menyediakan Bubur Lambuk , Disediakan Oleh Seorang Makcik  & suami Dirumahnya anggaran 200 bungkus sehari Dan Diagihkan Kepada Penduduk Kampung Selepas Solat Asar di Masjid Ar Rahman Redang Panjang.

Anggaran Kos :           15 Kampit Beras  X  RM 25.00                         =         RM 375.00
                                    Keperluan bahan mentah                               =         RM 700.00

                                                                        Jumlah                        =          RM 1,075.00

PROGRAM NO.6 – Di Awal Ramadzan Sumbangan Beras Dan Keperluan Dapur Bagi 100 Keluarga Fakir Miskin, Keluarga Berpendapatan Rendah, Anak Yatim Dan Juga Oku.

BIL
SENARAI BARANG
KUANTITI
1.
BERAS 10 KG
2 BEG
2.
GULA PASIR
5 KG
3.
TEPUNG GAMDUM
5 KG
4.
SERBOK KOPI
2 PEKET
5.
SERBOK TEH
2 PEKET
6.
SUSU PEKAT
3 TIN
7.
MINYAK MASAK
1 BOTOL
8.
KORDIAL OREN/SIRAP
1 BOTOL
9.
BUAH KURMA
1 PEKET
8.
IKAN SARDIN
5 TIN KECIL
10.
BISKUT
1 PEKET
11.
KICAP
1 BOTOL
12.
CILI SOS
1 BOTOL
13.
SABUN BASUH
1 PEKET