"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Wednesday, July 6, 2016

QURBAN & AQIQAH 2016H /1437H


PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH SIRI 8/2016M 1437H DE’ REDANG 

TUAN-PUAN SERTA SAHABAT YG BUDIMAN, PROGRAM QURBAN & AQIQAH              SIRI 8-2016M/1437H AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA HAJI INI 

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MULAI SEKARANG:

Satu PANGGU/ Bahagian RM 600.00 

 Seekor kambing RM 800.00 - Seekor Kambing 1 bahagian

 BUAT MASA KINI BINATANG TERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

PERLU DIBUAT TEMPAHAN AWAL ....

 sms & wsp- 019-5414673

FB : https://www.facebook.com/jamaluddin.hassim

Emai:  jamal.hassim@yahoo.com

INFO LENGKAP LAYARI: jamalhassim.blogspot.com

Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Bersama Menyertai Program Ini 
Terus Ke Akaun Saya May Bank: 158305195196
 JAMALUDDIN BIN HASSIM  
Sms & wsp- 019-5414673



 Daging-daging Qurban dan Aqiqah akan diagihkan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim serta keluarga yang berpendapatan rendah serta mempunyai anak-anak yang ramai kepada penduduk-penduduk  dan dihantar terus ke rumah.  Majlis kenduri tahlil juga akan diadakan selepas ibadah Qurban & Aqiqah..
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”...(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Tuesday, July 5, 2016

Sinar Harapan Menjelang Aidil fitri 2016

De' Redang 5 Jul 2016 menjelang Aidil fitri, seramai 34 fakir dapat di santuni...barang keperluan dapur seperti beras, minyak, gula , beras pulut kopi teh serta seekor ayam fresh & sekilo daging kerbau fresh dapat disumbang kan kepada 34 keluarga fakir yang terdiri dari Ibu tunggal, OKU, berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak yang ramai serta warga emas fakir...


Alhamdullilah....Syukur.....Semua amanah tuan puan serta rakan sahabat yang tuan memberi sumbangan telah saya sempurnakan bagi menjelang menjelang aidil fitri....saya berasa sungguh terharu atas kepercayaan yang diberikan , sedih...gembira untuk sama sama mencari saham akhirat.....


 Keperluan dapur 

 Daging Kerbau & Ayam Fresh




















"Ya Allah Ya Tuhan kami, sempena hari terakhir ramadzan 2016M/1437H .....Berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka...Ya Allah..panjangkanlah umur sahabat-sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..jazakallah khairan khatira...   

Sunday, July 3, 2016

SALAM AIDIL FITRI 2016M/1437H


Assalamualaikum..... Terlebih dahulu..marilah kita sedekahkan Al Fatihah kpd Ibu dan bapa kita yg telah pun kembali kemarahtullah mendahului kita.
Al fatihah...
Sempena 1 Syawal 1437H tahun ini, Saya serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin serta menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas apa jua kesalahan, kesilapan dan tutur kata samada disengaja ataupun tidak. Semuga Allah merahmati kita semua samada di dunia, lebih lebih di akhirat. Amin yrb.....

Drp: En. Jamaluddin & Keluarga.