Alhamdulillah....16 Jan 2016 Sabtu Jam 2.30 petang De' Redang.....Bersyukur
Kehadrat Ilahi Atas Sokongan Kakak-kakak, Sahabat-Sahabat Dan Hamba - Hamba
Yang Budiman, De Redang dan rakan-rakan seperjuangan memulakan kerja-kerja
kebajikan pada tahun 2016, Program kebajikan yang dirancang adalah
Sumbangan sedekah jariah kepada fakir miskin, anak yatim, Ibu tunggal dan
keluarga yang berpendapatan rendah & OKU, sumbangan sebanyak 50 set
keperluan dapur seperti, beras, tepong gula kopo, teh dll serta sumbangan kepada 15
adik-adik pelajar sekolah, serta tahlil arwah kepada muslimin dan muslimat serta adakan kenduri Sempena Menyambut Malidur Rasul 2016M/1437H
Share pendapat
kakak yang budiman,….
“
Bagus kerja
kebajikan..kerja yg sangat mulia. Ibadah yg sangat mudah..RM1 pun boleh dpt
pahala spt org lain infaq RM1 juta..yg penting ketika menghulurkan sedekah itu,
kita sertakan satu perasaan kasihan dari hati dan mengharapkan perkara
kebaikkan saja utk penerima, serta berdoa utknya. Ikhlas itu bekerja dgn
sendirinya.
Nabi merakamkan kerja ini spt org berjihad ke
jalan Allah.
Nabi SAW bersabda: "Orang yang membantu para
janda dan orang-orang miskin seperti orang yang berjihad dijalan Allah atau
seperti orang yang selalu berpuasa siang harinya dan selalu shalat malam pada
malam harinya.", (HR. Bukhari: 5547)
50 Set keperluan barang dapur
Semoga Allah Subhanahu Wa
Ta’aala Menerima Baik Segala Amal Ibadah Dan Kebajikan Yang Dilakukan.
Semoga Apa Yang Kita Lakukan Ini Diberkati Oleh
Allah Yang Maha Esa, Saya
Jazzakallah Khairan Kathira
Isyallah..bertemu lagi....