"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak

Sunday, August 30, 2015

HARAPAN FAKIR MENJADI KENYATAAN

UP DATE 20 SEP 2015
Alhamdullilah berkat usaha doa tuan puan kakak sahabat yang budiman Pondok harapan kerja –kerja sedang dilakukan sendiri oleh saudara Saari..Isyaallah faktor cuaca yang mengizinkan..kerja pembinaan dapat dilakukan ikut jadual..
semoga amal kebaikan & kebajikan kita dirahmati ilahi..





BUAT SAHABAT & KAKAK KAKAK KU YANG BUDIMAN..

Bismillahirrahmanirrahim... Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabat-sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik
pada mereka, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..
Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

 *****************************************
UP DATE 15 SEP 2015

Alhamdullilah dengan usaha tuan puan kakak-kakak yang budiman hasil kerja berjemaah yang dilakukan uncang bekalan letrik sebanyak RM 2,350.00 & dan uncang bekalan air paip RM 800.00 telah pun diperolehi...terimakasih .. jazakkalh khairan khatira...semoga amal kebaikan yang dilakukan dirahmati ilahi...





*************************************
UP DATE 10 SEP 2015

 Alhamdullillah untuk bekalan paip air sudah ada sumbangan...

Uncang yang masih diperlukan 

BEKALAN LETRIK  - BAGI PERALATAN SEPERTI, KIPAS SILING 3 BUAH, LAMPU-LAMPU PANJANG , PLUG SERTA SOKET & KOTAK TAPAK METER AKAN DISUMBANGKAN OLEH SEORANG SAHABAT, .BAGI KOS PEMASANGAN WIRE MAN TELAH MELIHAT SENDIRI DENGAN KEADAAN PONDOK 1 RUANG TAMU, 3 BILIK, 1 BILIK AIR, 1 TANDAS SERTA1  RUANG DAPUR KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMASANGAN  TERMASUK BAYARAN KEPADA TNB ADALAH  RM 2,350.00 TERMASUK KOS GST

*****************************************
UP DATE 9 SEP 2015

Alhamdullilah berkat usaha doa tuan puan kakak sahabat yang budiman 
95 % bahan –bahan binaan untuk membina pondok harapan telah dibeli & diperolehi kerja –kerja sedang dilakukan sendiri oleh saudara Saari..Isyaallah jika faktor cuaca yang mengizinkan dalam masa 3 minggu lagi boleh disiapkan, uncang masih diperlukan untuk keperluan asas bekalan air & letrik 

UNTUK MAKLUMAN KAKAK & SAHABAT YANG BUDIMAN ANGGARAN BAJET DIPERINGKAT AWAL BAGI KOS KEPERLUAN ASAS LETRIK ADALAH RM1,00.00 DAN BEKALAN AIR PAIP RM 500,

 

SETELAH KERANGKA PONDOK DIBANGUNKAN 


BEKALAN LETRIK  - BAGI PERALATAN SEPERTI, KIPAS SILING 3 BUAH, LAMPU-LAMPU PANJANG , PLUG SERTA SOKET & KOTAK TAPAK METER AKAN DISUMBANGKAN OLEH SEORANG SAHABAT, .BAGI KOS PEMASANGAN WIRE MAN TELAH MELIHAT SENDIRI DENGAN KEADAAN PONDOK 1 RUANG TAMU, 3 BILIK, 1 BILIK AIR, 1 TANDAS SERTA1  RUANG DAPUR KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMASANGAN  TERMASUK BAYARAN KEPADA TNB ADALAH 
RM 2,350.00 TERMASUK KOS GST

BEKALAN AIR PAIP  - PIHAK PLUMBER TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA SAYA BELIAU TIDAK DAPAT MEMBANTU SEPERTI KOS YANG LEPAS-LEPAS  DIRUMAH ABANG ROSLI & MAKCIK YAH, KERANA BUAT MASA SEKARANG KOS MENINGKAT SERTA GST PLUMBER MEMAKLUMKAN UNTUK KOS PONDOK SAARI BAGI BEKALAN AIR PAIP ADALAH RM 800.00

UNCANG YANG DI PERLUKAN BAGI KOS LETRIK RM 2,350.00 & AIR PAIP RM800.00 (BELUM ADA BAJET)






**********************************************

terimakasih atas usaha tuan-tuan & kakak-kakak yang budiman

UP DATE 5 SEP 2015
Alhamdullilah berkat usaha tuan puan kakak sahabat yang budiman 
95 % bahan –bahan binaan untuk membina pondok harapan telah dibeli & diperolehi kerja –kerja sedang dilakukan sendiri oleh saudara Saari..Isyaallah jika faktor cuaca yang mengizinkan dalam masa 3 minggu lagi boleh disiapkan, terimakasih atas usaha tuan-tuan & kakak-kakak yang budiman
Fasa ke 3:

  Uncang Yang diperlukan adalah kemudahan asas untuk bekalan letrik termasuk bayaran kepada TNB anggaran kos setelah berbincang dengan wireman anggaran bajet yag diperlukan RM 2,350.00 & bagi bekalan air setelah berbincang dengan plumber anggaran kos RM 850.00, Uncang dibuka, Masih belum ada bajet bagi bekalan letrik & air kepada yang ingin membantu:

HUBUNGI (JAMALUDDIN HASSIM)
SMS & WSP - 019-5414673
WECHAT – JamalHassim65
http://jamalhassim.blogspot.com/






 Semoga amal kebaikan yangkita lakukan dirahmati ilahi...

************************************
UP DATE 1 SEP 2015

Status pondok impian..fakir..





***********************************************

Alhamdullilah ..hampir 2 minggu bertungkus lumus serta meyelesaikan beberapa urusan berkaitan membina sebuah pondok harapan bagi saudara Saari, seorang sukarelawan wira tak didendang yang banyak membantu saya dalam urusan kerja amal terutama bahagian penyelenggaraan serta membina beberapa pondok fakir.  Musibah yang berlaku keatas dirinya dapat simpati dari rakan- rakan serta atas usaha kakak-kakak yang budiman yang banyak membantu dalam pengumpulan dana bagi pondok harapan dapat dilakukan bermula semalam 29 Ogos 2015, Doa selamat dimulakan sebelum tiang seri utama didirikan…Bersyukur… kepada mu ya Allah bagi mempermudahkan urusan kami membantu insan yang memerlukan pertolongan..

 Kerja-kerja mendirikan tiang utama

 Pelan lekaran pondok harapan

Bahan binaan telah diperolehi


 Kerja penyediaan tapak



 Lubang digali untuk menanam tian utama

Sukarelawan muda membantu mendirikan tiang utama

Saudara Saari sendiri yg membina pondoknya



Gotong Royong memunggah rumah sewa lamanya, yang disumbangkan oleh tuan rumah seorang india yang budiman untuk dapatkan kayu atas untuk dibuat halang serta keperluan pondok baru saudara Saari

 Info Bajet..

" Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai keredhaan MU dan bukan mencari keredhaan orang lain".......






Sunday, August 9, 2015

INFO AMAL KEBAIKAN

UP DATE STATUS TERKINI 27 OGOS 2015 HARI RABU


ALHAMDULILAH IMPIAN PONDOK HARAPAN MENJADI KENYATAAN,....Dengan izin yang Maha Esa, serta sokongan sahabat-sahabat yang budiman, bahan binaan seperti 6 batang tiang 2400 biji bata, 10 beg simen selori pasir serta 4 jerejak tingkap telah dapat dibelikan, Kerja-kerja penandaan tapak telah dimulakan...

 

UP DATE STATUS TERKINI 26 OGOS 2015

Hampir seminggu pembersihan tapak telah dilakukan kerja--kerja tergendala sebentar yang tidak dapat dielakan atas nasihat, komuniti kampung serta nasihat saudara mara Saari, tapak asal yang hendak didirikan pondok terpaksa dipindahkan ke tapak yang lebih sesuai, kerana ada permasalahan dan ganguan dimasa hadapan tidak dapat dielakan, Tapak yang dibersihkan itu ada pihak perseorangan  telah membayar balik ganti kos pembersihan tapak.  Setelah berbincang dengan ketua kampung serta adik kepada saudara Saari membernarkan pondok dibina di tapak yang amat sesuai sekali berhampiran dengan rumah adik Saari....
Ya Allah ya tuhanku.... Permudahkanlan urusan ku membatu insan yang memerlukan......

UP DATE STATUS TERKINI 19 OGOS 2015 HARI RABU


**************************************************

UP DATE STATUS TERKINI 17 OGOS 2015

Saudara Sa'ari & Isteri , keluarga fakir ..harapan memiliki pondok impian

 Rumah sewa sementara RM100 sebulan mulai esok

Alhamdullilah… hampir seminggu lebih barulah saudara Sa’ari dapat mencari rumah sewa sementara yang lain, dengan bantuan sumbangan rakan-rakan sahabat yang budiman, dapatlah saudara Sa’ari membayar deposit untuk sewa rumah yang sederhana…Mungkin juga musibah yang berlaku keatas keluarga Sa’ari atas ujian Allah kepadanya, Tuan rumah yang dahulunya adalah orang india yang cukup budiman dan baik orangnya, beliau tidak akan memperbaiki rumah yang rosak itu kerana beliau hendak mendirikan sebuah rumah yang baru di tapak itu. Oleh itu tuan rumah india itu meminta saudara Sa’ari memunggah rumah yang rosak itu dan semua kayu-kayu serta papan rumah lamanya diberi kepada saudara Sa’ari.

Saudara  Sa’ari , ada berjumpa dengan saya berkaitan masaalah yang dihadapinya, di pinggir kampong ini terdapat tanah rizab kerajaan banyak juga rumah yang ada dikawasan rizab tersebut, Saudara Sa’ari hendak dirikan sebuah pondok yang berukuran 30 x 20 kaki dengan kayu dan papan yang diberikan oleh tuan rumah india, setakat kayu & papan adalah mencukupi, bagi kos pembinaan saudara sa’ari boleh membuat sendiri pada setiap petang balik dari bekerja sebagai tukang kebun. Kerja pembersihan tapak akan bermula pagi esok 18 Jul 2015
Sehubung dengan itu dia memohon kepada saya sekiranya ada sahabat-sahabat yang budiman beliau hendak membeli bahan binaan:


1.      Kos Persediaan Tapak                                                  =          RM300.00
2.      Tiang Batu  - 6 batang  10 kaki  x RM40.00               =          RM240.00
3.      Simen         - 20 Beg   x  RM 18.00                             =          RM360.00
4.      Pasir Sungai-  2 Lori    x  RM120.00                           =          RM 240.00
5.      Bata Pasir        -  4000  x 25sen                                   =          RM 1000.00
6.      Gelong serta perkakas tandas                                      =          RM 500.00
7.      Tambahan bahan binaan lain                                      =          RM 160.00
8.      Zink (bumbung)                                                          =          RM 500.00
9.      Bekalan Air                                                                 =          RM 700.00
10.  Bekalan Letrik                                                             =          RM 1,000.00

Jumlah                       = RM 5,000.00


BAGI UPAH PEMBINAAN SAUDARA SA’ARI 
AKAN MEMBINANYA SENDIRI

   HUBUNGI (JAMALUDDIN HASSIM)

WSP - 019-5414673

******************************************************
DE’ REDANG 9 OGOS 2015 HARI AHAD , INFO BARU DI TERIMA, SETELAH 3  HARI BERTUGAS DI LUAR KAWASAN





          SAUDARA SA’ARI  DESA SALAH SEORANG WIRA TAK DIDENDANG SEORANG SUKARELAWAN (gambar dalam bulatan) YANG BANYAK MEMBANTU SAYA DAN SAHABAT- SAHABAT YANG BUDIMAN MEMBUAT KERJA SUKARELAWAN SEBAGAI TUKANG RUMAH,  TUGAS YANG PENTING PERNAH DIBANTU IALAH MEMBINA PONDOK ABANG ROSLI & KAK INA PADA BULAN OKT 2014 TAHUN LALU. SAUDARA SA’ARI MENYEWA SEBUAH RUMAH DENGAN BAYARAN RM100 SEBULAN, BELIAU TINGGAL BERSAMA ISTERI DAN 4 ORANG ANAKNYA, BEKERJA SEBAGAI TUKANG KEBUN SEKOLAH CINA DENGAN PENDAPATAN RM900 SEBULAN.

          PADA PETANG 8 OGOS HARI SABTU JAM 5.15 PETANG ANGIN RIBUT KUAT,(PETANG SEMALAM) RUMAHNYA DITIMPA BENCANA, SEBATANG POKOK KELAPA DIBELAKANG RUMAHNYA TUMBANG JATUH DIATAS BUMBUNG, 50% BAHAGIAN BUMBUNG ATAP ZINK RUMAHNYA SERTA KAYU HALANG PATAH ROSAK TERUK SERTA WIRE LETRIK BERSELERAK. YANG PALING MENYEDIHKAN BANYAK KEPERLUAN PERALATAN LETRIK SERTA KEMUDAHAN ASAS RUMAHNYA ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI SEPERTI, TILAM, KATIL, TV, KIPAS ANGIN, PERIUK NASI LETRIK KERUSI, MEJA TIKAR  GETAH SERTA PINGGAN MANGKOK




BAGI MEMBANTU & MERINGANKAN BENCANA YANG SAUDARA SA'ARI SERTA KELUARGANYA SAYA MERAYU KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN DAPAT MEMBANTU SERTA  MEMBERI SUMBANGAN KEPADA SAUDARA SAARI, ANGGARAN KOS UNTUK MEMBUAT PENYELENGARAAN RUMAH RM1K & ANGGARAN MEMBELI KEPERLUAN PERALATAN RM1K, JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN RM 2K. UNCANG DIBUKA MULAI SEKARANG

TUAN- PUAN BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI TALIAN 019-5414673…TERIMAKSIH JAZAKALLAH KHAIRAN KHATIRA..