UP DATE 26 OKT 2014
Salam. ..kakak2 ku sekelian. ..hari nei hari ahad tukang pondok cuti
rehat. ..hari minggu. .urusan keluarga. ..
Setakat Pagi 26 Okt 2014
Uncang terkini..
Seharian berada di Putrajaya,
Bertemu & berbincang dengan sahabat-kakak yang budiman untuk mengeratkan silaturahim dan bagi keselesaan kepada abang rosli & kakak ina, Plan lekaran dibuat perubahan terutama di bahagian dapur serta tandas serta bilik air dan juga bahagian awning verenda utama..(kos bagi awning utama sahabat telah menyumbang RM1K..alhamdullilah...
Plan yang telah dibuat penambah baik bagi keselesaan
Uncang setakat hari ini 26 Okt 2014
Sumbangan daripada sahabat-sahabat yg budiman, utk abang rosli 7 kakak ina...dapur gas, rice cooker, periuk belanga langsir serta besen serta jaug plastik...penuh juga bonet kereta....
Kepada Hamba-Hamba Allah Yang Budiman Ingin Membantu dan memberi sumbangan kepada abang Rosli dan Kakak Ina..
Terus Ke Akaun Saya - May Bank: 158305195196
JAMALUDDIN BIN HASSIM
HP: 019-5414673
Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Jazakumullah khairan kathira kepada semua penyumbang.
************************************
Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi kerja amal membina pondok abang rosli & kakak ina dapat di lakukan ikut Perancangan dan dipantau oleh adik saya. ..buat masa ini saya berada di lembah kelang urusan kerja. ..
Salam kakak kakak ku yg budiman utk makluman bajet bagi untuk adakan kemudahan utama seperti pondok serta bilik air & tandas, letrik & bekalan air sudah mencukupi target yg di kehendaki...Setelah berbincang dengan kakak kakak yang budiman banyak yg bagi pendapat kalau boleh kita sedia kan juga kemudahan asas seperti sinki, dapur gas, semua peralatan untuk didapur termasuk pingan mangkok serta periuk belanga...maknanya A to Z...
Semalam isteri saya telah bertanya ape peralatan yg mereka ade...sedih...mendengarnya...dapur gas rosak nanti kalau ade duit baru nak repair. ...peralatan yg lain kebanyakan usang....ape pendapat kakak. ....baki uncang rm 3,115.05 untuk tukang & 10 peratus barang nak di beli..
************************************
UP DATE 24 OKT 2014
Alhamdullilah...bersyukur kehadrat ilahi dengan kerja sama serta sokongan sahabat2 & kakak2 yang budiman...di pagi Jumaat & menjelang Maal Hijrah 1436 yang mulia ini aktiviti pagi tadi mula gotong royang bersama sukarelawan serta beberapa orang penduduk kampung memasang 6 batang tiang bagi membina pondok harapan abang Rosli & Kakak Ina....semoga amal kebaikan yang dilakukan dirahmati ilahi...dalam masa 4 hari permasalahan ini 90 % keperluan telah di uruskan dan telah dibayar ...termasuk pondok sebuah termasuk bilik air serta tandas, bekalan air & api.telah di bayar...setelah dikira, congak & di tolak serta uncang...yang belum di jelaskan untuk Tukang rumah anggaran RM1,800.00 serta 10 % peralatan yang belum dibeli ...setakat malam ini baki uncang adalahRM 1,155.05....sebagai persiapan untuk peralatan 10 % lagi yang belum di beli sebagai tambahan takut tidak mencukupi ialah simen 15 beg, pasir 1 lori untuk lantai, papan plawood untuk bilik serta cat anggaran kos secara kasar YANG PERLU DI KUMPUL ADALAH RM 2K.....Terimakasih....Isyallah jangka masa projek yg dijanjikan adalah 3 minggu sekira faktor cuaca hujan mungkin 30 hari...Semoga dipermudahkan urusan...
SENARAI BAJET
MEMBERI SEDIKIT PENERANGAN KEPADA SUKARELAWAN & PENDUDUK KAMPUNG
DOA SELAMAT & KESYUKURAN DI BACA DI PAGI JUMAAT & MENJELANG MAAL HIJRAH, SEBELUM MENDIRIKAN TIANG PONDOK
SERAH DUIT BEKALAN LETRIK
KERJA MENGUKUR TAPAK
MEMASANG TIANG SERI
TIANG SERI SIAP DIPASANG
BERSAMA ABANG ROSLI & ISTERI SERTA TUKANG RUMAH
************************************
UP DATE 23 OKT 2014
Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah .Penghujung 1435H...sumbangan dari sahabat-sahabat serta sokongan kakak-kakak yang budiman amat baik sekali.. setakat hari ini keperluan peralatan membina pondok untuk abang rosli sudah 80% telah dibeli, kerja-kerja mendiri tiang akan bermula pagi ini hari jumaat menjelang tahun hijrah 1436h...
Plan /Lekaran Pondok
Peralatan membuat pondok 80 % telah di beli
Bajet Serta Uncang Terkini, Uncang yang masih dperlukan untuk RM3K
************************************
UP DATE 22 OKT 2014
Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah bersyukur kehadrat ilahi....walaupun Uncang RM belum mencukupi untuk membina pondok harapan abang rosli & kakak ina, atas keperihatinan tuan-puan yang budiman serta atas sokongan kakak-kakak yang perihatin permasalahan bagi insan-insan yang memerlukan pertolongan, kerja-kerja pembersihan tapak telah bermula dengan kos yang paling murah RM 300.00 hasil sumbangan sahabat yang budiman...
UNCANG TERKINI SETELAH PEMBERSIHAN TAPAK RM450
Semoga amal jariah kita dirahmati ilahi...
************************************
UP DATE 21 OKT 2014
Alhamdullillah walaupun Uncang RM belum mencukupi untuk membina pondok harapan abang rosli & kakak ina, atas keperihatinan tuan-puan yang budiman serta atas sokongan kakak-kakak yang perihatin permasalahan bagi insan-insan yang memerlukan pertolongan, kerja-kerja pembersihan tapak telah bermula dengan kos yang paling murah RM 300.00 hasil sumbangan sahabat yang budiman...
Kerja bermula walaupun target budget belum cukup ! Target RM5,000 . ..Jumlah kutipan YTD RM650..... Baru 12% .
************************************
De’ Redang, 19 Okt 2014, Info terkini yang
diterima,
Abang Rashid Bin Awang Kechil 56 tahun nama
gelaran nya di kampung Redang Panjang, Abang Rosli dan Isterinya Roslina
Bt Wan Chik 47 tahun nama gelaranya Kak
Ina, pasangan ini telah berkahwin hampir 6 tahun tidak mempunyai anak, pasangan
ini yang dikatogeri golongan orang yang lurus bendul dan isterinya adalah dari
fizikalnya rendah sedikit. Pekerjaan
abang Rosli adalah sebagai buruh kampung kerja di Ladang yang berhampiran
berpendapatan sehari lebih kurang RM 20.00 anggaran sebulan pendapatanya adalah
lebih kurang RM 580.00 cukup untu perbelanjaan abang rosli dan isteri.
Abang Rosli dan isterinya kini menumpang
dirumah ibu bapa abang rosli yang fakir miskin tegar, masaalah yang abang rosli
ingin mendirikan sebuah pondok yang sederhana diatas tanah miliknya untuk
tinggal bersama isterinya. Atas
permasalahan keluarga, maklumlah tinggal dengan emak mertua pelbagai kerenah
dialami, untuk membina sebuah pondok tidak mampu, untuk menyewa rumah tidak mampu,
oleh yang sedemikian abang rosli dan Kakak Ina berhasrat untuk membina sebuah pondok
yang kecil berukuran 16 kaki x 14 kaki diatas tanah miliknya di Kampung
Redang Panjang Batu Kurau Taiping Perak.
Rayuan
Setelah menceritakan permasalahan abang rosli
dan kakak ina berkaitan hasrat nak membina sebuah pondok kecil, saya berasa
sayu dan sedih, saya dan isteri pergi meninjau tapak yang bakal hendak
didirikan pondok.
Tapak tanah yang nak adak pondok kecil
Anggaran Kos Pondok abang Rosli dan Kakak Ina
(16 kaki x 14 kaki)
1. Kos membuat tapak - RM 200.00
2. Tiang Simen 6 batang - RM 300.00
3. Simen 20 beg - RM 360.00
4. Bata Pasir 2000 biji - RM
800.00
5. Kayu & Papan - RM
500.00
6. Pasir 1 Lori - RM
150.00
7. Atap Zink - RM 500.00
8. Keperluan Tambahan
lain- lain - RM 190.00
9. Upah untuk
tukang -
RM 2,000.00
Anggaran Kos
- RM 5,000.00
Saya akan
memantau bagi kerja-kerja pembinaan pondok ini..
Harapan untuk mendapat sebuah pondok kecil